Sunday

Tiga kegelapan

Bila umat ini meninggalkan usaha dakwah maka umat ini akan tinggal dalam 3 kegelapan. Umat ini sebenarnya telah diamanatkan untuk melakukan dakwah kerana selepas Rasulullah s.a.w, tiada lagi anbiya yang akan diutus kepada umat insan sekelian. Tanpa usaha dakwah, maka agama akan berubah dan seterusnya menjadi rosak seperti bila para-para anbiya terdahulu, meninggal dunia, umat selepasnya tidak melakukan usaha dakwah, maka segala ajaran yang dibawa oleh anbiya tersebut telah menjadi jauh terpesong.

Sebagaimana kisah Nabi Yunus a.s yang meninggalkan dakwah, meninggalkan masyarakat yang diusahakan dakwah keatas mereka, maka Nabi Yunus a.s ditimpa 3 kegelapan iaitu kegelapan dalam perut ikan, kegelapan dalam lautan dan kegelapan dimalam hari. Sebegitu umat ini, bila meninggalkan dakwah maka ditimpa 3 kegelapan iaitu kegelapan hati, kegelapan fikiran dan kegelapan suasana sekitar.

Kegelapan hati adalah dimana hati dipenuhi oleh kebesaran duniawi, keegoan, ujub, hasad-dengki, takebur, dan lain-lain, manakala kegelapan fikiran adalah dimana fikiran hanya digunakan untuk memenuhi keperluan bukan maksud sebenar hidup, fikiran gafla atau bercelaru, berfikir hanya mementingkan diri sendiri dan lain-lain, sedang kegelapan suasana pula adalah dimana suasana sekitar penuh kecurangan, kebatilan, kejahilan, fitnah, kemaksiatan dalam budaya hidup seharian masyarakat sekitar dan seterusnya segala yang membawa kearah kemungkaran.

Kerana itu, umat ini harus bertaubat kerana meninggalkan usaha dakwah dan wajar kembali kepada usaha dakwah dalam mana usaha pertamanya adalah membawa keyakinan sebenar kepada Allah serta menginsafi atas kezaliman diri kerana meninggalkan usaha dakwah, sebagaimana Nabi Yunus a.s, menyedari kesilapan beliau meninggalkan usaha dakwah pada kaumnya dalam mana selama beliau dikurung didalam perut ikan, beliau berulang menyatakan:

لَا اِلهَ اِلَّا اَنْتَ سُبْحَانَکَ اِنِّی کنْت مِنَ الظّالِمِیْنَ

Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.“

Allah mengampuni Nabi Yunus a.s dan kemudiannya beliau kembali berdakwah yang mana menjadi asbab keseluruhan penduduk kota mendapat hidayat. Kisah Nabi Yunus termaktub dalam Al-Quran:

وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (87) فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ وَكَذَلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ (88)
Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap, ‘Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.’” (QS Al-Anbiya’ 21: 87)

Nabi Yunus digelar Dzunnun, telah ditelan oleh seekor ikan yang besar ketika beliau dalam pelayaran meninggalkan usaha dakwah beliau kepada penduduk kotanya. Nabi Yunus a.s diutus ke sebuah kota untuk mengajak penduduknya menyembah Allah, namun mereka menolak dakwahnya sehingga beliau berputus-asa dan meninggalkan mereka dalam keadaan marah. Beliau tidak sabar lagi untuk menghadapi beban berat dakwah yang dipikulnya, sambil mengira bahawa Allah tidak akan mempersempitkan atau menyulitkannnya, sebagaimana firman Allah Taala, “Lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitkannya (menyulitkannya).“


Sebegitulah umat ini, akan ditimpa berbagai petaka ujian dan kesulitan sekiranya umat ini meninggalkan usaha dakwah. Dakwah adalah amanah untuk umat ini, biar apa pun situasi atau kondisi mereka, apatah lagi sekiranya seorang tersebut berilmu atau mempunyai pengetahuan tentang agama tetapi meninggalkan usaha dakwah, tentu kesan buruk darinya adalah lebih besar. Hari ini pun, ramai mereka yang mempunyai pengetahuan agama hanya menanti pihak awam datang kepada mereka dalam mana mereka sibuk dengan ilmu-ilmu mereka atau keperluan dunia mereka tanpa menghiraukan keadaan realiti umat yang jauh dari agama. Sedangkan para anbiya bukan sahaja menanti umat datang kepada mereka, tetapi mereka juga pergi sendiri berjumpa umat sekelian, pintu kepintu, muka kemuka dan hati kehati.

Kemulian mereka yang berilmu dibandingkan dengan mereka yang sebaliknya adalah sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w: "..Sesungguhnya kemuliaan seorang a’lim keatas seorang a’bid adalah seperti kemuliaan bulan purnama keatas bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para anbiya’. Dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan harta pusaka seperti dinar atau dirham (harta kekayaan) kecuali ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu barang siapa yang mencari harta pusaka ini sesungguhnya dia telah menerima kebaikan yang besar." (riwayat Abu Daud)

Jadi, sekiranya tiada matahari dimalam hari, bulan yang memantulkan cahaya juga mampu menerangi kegelapan malam, tetapi alangkah malangnya, dalam kegelapan yang tiada cahaya matahari, bulan pula tidak mahu melakukan tugasnya memantulkan cahaya untuk menerangi kegelapan.

4 comments:

Ishak Zaini said...

Kisah yang sarat dengan iktibar.
Peringatan buat diri yang selalu lupa.
لا اله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

Kata Imam Ghazali rah.a: Tidak syak lagi amr bil ma'ruf dan nahi 'anil mungkar adalah satu rukun agama yang BESAR. Malahan setiap bahagian daripada agama ada kaitan dengannya. Justeru untuk menyempurnakan tugas tersebut, Allah telah mengutuskan kesemua nabi dan rasul a.s.

Sekiranya tugas amr bil ma'ruf dan nahi 'anil mungkar tidak diberi perhatian dan ditinggalkan terus dari segi ilmu dan amalan maka pasti NUBUWWAH tidak akan berguna lagi.

KESAN daripada itu sifat amanah yang menjadi sifat utama kemuliaan manusia akan pupus dan binasa, sifat malas (untuk beribadat) akan tersebar, jalan-jalan kesesatan dan penyelewengan akan terbuka luas, kejahilan akan berleluasa di alam ini, perpecahan antara saru sama lain akan berlaku, masyarakat akan rosak dan makhluq keseluruhannya akan binasa. العياذ بالله

zarch said...

Jazakallah Ishak Zaini diatas perkongsian nasihat dari Imam Ghazali rah. Semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayat, serta mengampuni umat semua.

Ishak Zaini said...

Aslmkm Wbt.

Tumpang menjemput disini ye tuan.

Dengan penuh rasa kesyukuran kami mengundang tuan/puan/cik sekeluarga untuk ke Majlis Walimah kami, Ishak & Umu 18 & 26 Dis 2010. Bertempat di Gemas N9 dan Lachang Pahang. Mohon doakan kami juga. Jemput datang ye. Jazakumullah.

zarch said...

Jazakumullah diatas undangan Ishak Zaini, insyaallah kalau saya disana, saya akan cuba menghadirkan diri.

Saya doakan kebahagian didunia dan seterusnya buat kebahagian yang abadi-abadi diakhirat buat Tuan dan bakal isteri Tuan. Juga seterusnya juga buat zuriat-zuriat Tuan...

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai