Mengenai zikir-zikir yang sunat dilakukan pada setiap kali selepas solat fardhu samaada dalam keadaan senyap atau lantang serta juga secara berjemaah;
Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga kali (3X), - أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ - kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. - (Muslim, Ahmad dan lain-lain)
Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat (fardu).” (Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan lain-lain - sahih)
Abi Umamah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ قَرَأَ آيَةَ اْلكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُوْلِ الْجَنَّةِ إِلاَّ أَنْ يَمُوْتَ “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat fardhu, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali ia mati.” (An-Nasa'i dan lain-lain. - sahih]
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengucapkan tasbih (subhanallah) setiap tiga kali selepas solat sebanyak 33 kali, dan tahmid (alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan takbir (allahu akbar) sebanyak 33 kali, jadi kesemuanya 99 kali, kemudian menyebut: “La ilaha illallah wahdahula syarikalah Lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir“, untuk menggenapkannya sebanyak 100 kali, nescaya diampunkan dosa-dosanya walaupun umpama buih di lautan“ (Muslim)
Ibnu Abbas r.a mengatakan: Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai daripada solat fardhu telah pun berlaku di zaman Nabi s.a.w. Ibnu Abbas r.a berkata lagi: Saya mengetahui tamatnya solat Rasulullah s.a.w dengan laungan takbir. Ibn Hajar rah. berkata dalam mengulas kata-kata Ibn Abbas: “Daripada riwayat diatas, seolah-olah menggambarkan bahawa mereka (para sahabat) memulakan zikir mereka dengan takbir (Allahu akbar) selepas solat mendahului tasbih dan tahmid.“ (Perbezaan riwayat mana yang didahulukan antara tasbih, tahmid dan takbir - Fath al-Bari: 2/259).

Pandangan Imam al-Nawawi rah. terhadap hadith dari Ibn Abbas r.a: Ini dalil terhadap apa yang dipegang oleh sebahagian ulama Salaf iaitu disunatkan meninggikan suara dengan zikir al-takbir (Allahu akbar) dan zikir-zikir lain selepas solat fardhu. Manakala ulama mutaakhirin yang turut menghukumkannya sunnah ialah Ibn Hazam al-Zahiri.
Imam al-Nawawi menambah lagi: “Katanya: (Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Ma’bad kemudian dia menafikannya) pada menjadikannya hujah (dalil) oleh Muslim dengan hadith ini, merupakan bukti bahawa dia (Imam Muslim) berpegang sahihnya hadith (Ibn ‘Abbas) ini walaupun dinafikan oleh perawi asalnya, kerana yang merawikannya itu thiqah (diyakini). Ini merupakan mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh”. (Dari kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237. Maksud yang sama dihuraikan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari - Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, hal. 260).

Al-Rabi’ telah mengkhabarkan kepada kami dan berkata: Imam al-Syafie rah. telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: Ibrahim bin Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: telah menyampaikan hadith ini Musa bin ‘Uqbah, dari Abi al-Zubair, sesungguh beliau mendengar Abdullah bin Zubair berkata:
“Adalah Rasulullah s.a.w apabila memberi salam selepas solat, berkata dengan lafaz yang kuat: La ilaha illallahu wahdahula syarikalah lahulmulkuwalahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir, wala haula wala quwwata illa billah, wala na’budu illa iyyahu, lahulni’mah, walahulfadhl, walahulthana`ul hasanu, la ilaha illallhu mukhlisina lahuddin walau karihal kafirun”. Berkata al-Syafie: “Dan amalan ini harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum. Dan al-Syafie berkata lagi: “Dan mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang aku nyatakan, secara lantang mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap”. - (Kitab al-‘Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242)
- Hadith riwayat Ibn ‘Abbas mengenai berzikir secara lantang selepas solat, diterima oleh sebahagian ulama salaf sebagai hujjah dan sunat diamalkan. Perbezaan pandangan ulama hadith dan fuqaha mengenai persoalan tersebut tidak langsung mencetuskan perkataan perbuatan berzikir secara lantang selepas bersolat sebagai bid’ah dalalah’ atau sesat, kerana amalan berzikir secara lantang selepas solat, nyata ada sanadnya.
No comments:
Post a Comment