Apakah takbir dihari raya secara lantang dan berjemaah itu bid`ah dholala sebagaimana yang ditegaskan serta difatwakan oleh sesetengah pihak sedangkan perbuatan tersebut telah diamalkan oleh beratus-ratus juta umat Islam diseluruh dunia bila setiap kali menjelangnya Hari Raya? Umat Islam yang terdiri daripada setiap lapisan masyarakat termasuk para-para ulama dari dahulu hingga kini, apakah mereka itu semuanya termasuk ahlu-ahlu bid`ah dan tidak tahu tentang hukum-hukum tersebut?
Tentunya tidak sama sekali, bahkan takbir dihari raya yang sebegitu, ternyata suatu kebaikan. Mungkin fatwa atau pandangan bahawa takbir secara lantang dan berjemaah itu dholala adalah dari pandangan-pandangan mereka yang menganggap bahawa segala yang berkenaan dengan zikir secara berjemaah adalah bid`ah dholala, sedangkan sebaliknya, zikir secara berjemaah telah jelas ada sanadnya.
Sheikh Allamah Musnid Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir) mengatakan (dalam buku beliau "Al-Bayan") bahawa: " Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan yang sunnah, yang bersandarkan dalil syarak yang mulia.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّہُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُ ۥۖ وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡہُمۡ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُ ۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُ ۥ فُرُطً۬ا
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya dipagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka [kerana] mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." (Al-Kahfi: 28)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): "marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)" Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia..." - (Bukhari).
Mu'awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah keluar menuju kehalaqah para sahabat Baginda s.a.w. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut): "Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?" Mereka menjawab: "Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memuji-Nya terhadap nikmat-Nya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam..." sehinggalah sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan para malaikat" - (Muslim)
Abu Hurairah r.a. telah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tidaklah duduk sesuatu kaum, akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah, melainkan para malaikat akan menaungi mereka, akan terlimpah rahmat ke atas mereka, dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka..." - (Muslim)
Imam An-Nawawi dalam syarah beliau mengatakan bahawa: "Hadis ini menunjukkan tentang kelebihan majlis-majlis zikir dan kelebihan orang-orang yang berzikir, serta kelebihan berhimpun untuk berzikir beramai-ramai.
4 comments:
salam Eid Adha untuk tuan dan keluarga juga.
Jazakallah-jazakallah FakirFikir, semoga kemeriahan hari raya tetap dapat kita rasai biarpun jauh dinegara orang terutamanya diwaktu bertakbir...Allāhu akbar - Allāhu akbar - Allāhu akbar الله أكبر الله أكبر الله أكبر
lā ilāha illā Allāh لا إله إلا الله ....
salam
baru tau ada yang menyatakan perbuatan zikir lantang tu bida'ah. terima kasih atas maklumat yang sangat berguna. moga tuan diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.
Marhaban-marhaban Gayour, semoga tuan juga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa....
Post a Comment