Biarpun
dunia jin adalah parallel dengan dunia insan namun tidak akan berlaku
generasi kacukan antara keduanya. Ini kerana, keduanya amat jauh
berbeza dari sudut kejadiannya. Seperti perbezaan antara
mahluk-mahluk yang wujud iaitu antara malaikat, jin, insan mahupun
haiwanat yang tidak akan berlaku generasi kacukan dari perbezaan ini.
Menyatakan "orang bunian" adalah generasi dari kacukan insan dan jin adalah
suatu penyataan yang tidak benar dan tiada berfakta langsung. Orang
bunian adalah sebenarnya panggilan untuk jin dalam kamus bahasa
Melayu. Mungkin ada yang menyatakan terdapat individu yang menetap
dipenempatan orang bunia atau jin sehinggakan dikatakan terjadi
perkahwinan antara individu tersebut dengan salah seorang jin wanita
tetapi tidak melahirkan zuriat. Bagaimana pun, perkara ini juga amat
dicurigai kebenarannya kerana masakan seorang insan akan mengahwini
kuda atau seekor rusa berkahwin dengan seekor singa contohnya.
Rupa
insan dan jin adalah berbeza bukan sahaja dari sudut kejadian, malah
dari rupa bentuk fizikalnya. Mungkin terdapat kalangan jin yang
berilmu untuk menjelmakan dirinya kealam insan dalam bentuk fizikal sebagai seorang insan, namun penjelmaannya
bukanlah hakikat tetapi berbentuk singkat. Yang lazimnya berlaku
dari penjelmaan jin kedalam dunia nyata insan, hanyalah dari anggapan
gambaran bayangan insan yang dimanipulasikan oleh syaitan.
Sebagaimana contohnya seseorang yang mendakwa melihat hantu
pontianak, adalah kerana dirinya yang membayangkan sesuatu sebegitu
dan bayangannya ini dimanipulasikan oleh syaitan sehingga menjadi
kenyataan bagi dirinya akan kewujudan hantu pontianak.
Atau
seseorang yang menganggap sekian-sekian batu, patung dan lain-lain
mempunyai sesuatu kekuatan, sedangkan tidak, tetapi atas anggapan
ini, syaitan menampilkan seakan sesuatu yang tiada kuasa itu menjadi
sesuatu yang ada kuasa sehinggalah insan tenggelam dalam dunia dusta
anggapannya dan tergelincir dari jalan kebenaran.
Penguasaan
keatas anggapan bayangan insan ini juga berlaku didalam berbagai
cabang kehidupan seharian insan, selama mana ia dapat membantu
syaitan memesongkan insan. Seperti dari cabang pelajaran, yang ada
kalangan insan menganggap bahawa insan berasal dari monyet
sehinggalah kecabang seni yang mana ramai mereka menganggap bahawa
dengan melakukan sekian-sekian aksi seperti menonjolkan aurat mahupun
keterampilan akan keglamouran mereka akan membuat mereka mencapai
kejayaan, lalu syaitan membantu sehingga apa yang dianggap itu adalah
suatu kebenaran, sedangkan sebaliknya, semua itu adalah suatu yang
membawa kearah terpesong dari kebenaran.
Berbalik
akan mustahilnya terjadi kacukan antara insan dan jin, ini adalah
suatu sunnah fitrah alam yang dijadikan oleh Allah. Bagaimana pun,
insan wajar berhati-hati agar benih zuriatnya tidak dikorup oleh
syaitan seperti ketika insan hendak berjimak antara suami-isteri,
wajar membaca doa untuk dilindungi dari syaitan.
"Bismillah.
Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa
razaqtanaa".
-
Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami-isteri)
dari gangguan syaitan serta jauhkan pula syaitan itu dari apa saja
yang Engkau rezekikan kepada kami.
Dari
Abdulah Ibnu Abbas r.a.: Maka sesungguhnya apabila ditakdirkan dari
suami-isteri tersebut mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu,
tidak akan dirosak oleh syaitan selama-lamanya. (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Doa
ini bukan bermakna, mereka yang tidak membaca doa ini, maka syaitan
pun berjimak sama sehingga anak yang lahir adalah anak kacukan
antara syaitan dan insan tetapi bermakna kemungkinan unsur-unsur
jahat dapat diselitkan kedalam benih insan yang tidak membaca doa
memohon perlindungan dari Allah sehinggalah bila lahirnya anak
tersebut, maka tersemadi didalam dirinya sesuatu unsur gangguan yang dapat dimanipulasikan oleh syaitan.
Unsur-unsur
jahat yang boleh diselit kedalam benih bayi yang terhasil dari
persetubuhan suami-isteri adalah seperti contohnya hari ini, pada
sesuatu gen tersebut, dapat diubah-suaikan dengan membawa sesuatu unsur
yang lain kedalamnya dimana proses ini dipanggil gen manipulasi atau
GMO iaitu organisma terubah suai secara genetik (genetically modified
organism). Proses ini adalah keupayaan untuk mengabung molekul DNA
daripada pelbagai sumber menjadi satu.
Gen,
iaitu asal dari bahasa Belanda adalah merupakan unit pewarisan bagi
organisme hidup. Keseluruhan maklumat bagi struktur dan fungsi
sesuatu organisma dikodkan dalam gennya. Bagi sesetengah maklumat
yang dikodkan oleh gen menentukan hanya satu ciri, tetapi sesetengah
lokus (lokasi - posisi gen pada sebuah kromosom ) bagi gen yang sama
boleh membawa maklumat yang berlainan. Gen yang mempunyai maklumat
yang berlainan pada lokus yang sama dinamakan alel (merupakan
bentuk-bentuk alternatif dari gen
pada suatu lokus) Berlainan maklumat adalah contohnya datang dari
sebelah siayah juga dari sebelah diibu. Sedang gen manipulasi adalah
unsur lain atau luaran yang dimasukkan untuk menghasilkan sesuatu
keputusan lain yang dikehendaki.
Sebegitulah,
tanpa membaca doa memohon perlindungan Allah dari syaitan,
kemungkinan besar menyebabkan syaitan-syaitan berupaya menyelitkan
unsur-unsur negatif kedalam benih-benih insan, contohnya sifat angkuh
dimana bayi yang membesar ini mudah sahaja menzahirkan sifat
angkuhnya dibawah bisikan syaitan, tambahan pula tidak dididik agar
mengawal keangguhannya atau tidak dididik bersifat tawaduk.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment