Monday

Ulama tak mahu campur politik

IPOH 24 Okt. - Sikap membisu kebanyakan ulama di negara ini adalah disebabkan mereka tidak mahu terlibat dalam mana-mana parti politik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai pihak yang menjurus kepada soal-soal keagamaan, adalah lebih baik jika mereka tidak dikaitkan dalam urusan itu.

"Saya pun tidak suka bercakap soal politik, saya bercakap tentang perpaduan orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan wakil Perak, Datuk Rosli Husin ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mahu institusi agama bijak menangani isu berkaitan agama terutama yang ditimbulkan parti pembangkang agar mereka tidak dilihat seperti dilanda 'sindrom bisu.'

Rosli bimbang, jika isu-isu yang dibangkitkan itu tidak segera diperjelaskan kepada rakyat, ia boleh menimbulkan perpecahan umat serta persepsi negatif terhadap Islam.

Dalam hubungan ini, katanya lagi, Majlis Agama Islam di negeri-negeri perlu agresif dan senada ketika memberi penjelasan berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

Menurut Tuan Mufti Harussani, beliau sering menjadi sasaran parti-parti pembangkang apabila berusaha membantu menjelaskan sesuatu isu.

"Bila saya kena hentam, tiada siapa pun bantu saya. Tetapi disebabkan saya bercakap atas kepentingan Melayu, saya tak kisah," katanya.

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my

**********************************************************************************************************************************

Sebegitu juga dinasihatkan kepada semua yang bergerak dalam usaha dakwah Tabligh, agar menghindari dari menggunakan nama dakwah Tabligh untuk perkara-perkara berkaitan politik. Pada mereka yang bergiat dalam hal-hal politik, wajar diatas penampilan sebagai individu, bukan diatas nama jamaah atau usaha dakwah Tabligh.

Ini kerana usaha ini melangkaui semua perkara dan usaha ini adalah umum untuk semua tidak kira dari parti apa sahaja, tidak kira kaum mahupun tarafnya serta tidak kira apa warga-negaranya. Usaha ini adalah usaha mengajak kepada Pencipta bukan kepada yang dicipta. Usaha ini juga adalah pertama-tamanya adalah usaha membaiki diri, keluarga serta umat, agar agama sentiasa dapat dihidupkan dimana-mana. Dalam mana juga, menanamkan perasaan kasih-sayang dan hormat pada setiap insan terutamanya yang ada kalimah Lailahaillallah, tidak kira dari parti mana yang diikuti.

Oleh itu, disyorkan mereka-mereka yang ada penampilan dirinya berkaitan dengan usaha dakwah-Tabligh tetapi tetap mahu mencurahkan perasaan mereka terutama diblog-blog, facebook dan seterusnya agar sentiasa bersikap berkecuali. Dan sebaiknya, curahkan perasaan dengan mengadap Allah dimalam hari dengan berlinangan air-mata. 

Sebaik-baiknya, segala bahan komunikasi seperti internet dan sebagainya digunakan untuk membawa kepada fikir umat, menanamkan kerisauan keatas umat, membina jiwa tawaduk, menambahkan pengetahuan disamping berfikiran terbuka dalam mana, niat adalah ikhlas untuk Allah. Bukan sebagai tempat melepaskan perasaan tertekan, geram dan sebagainya apatah lagi sebagai tempat untuk diri menjadi bertambah isolasi dari dunia realiti. (Seperti mengurung diri mengadap komputer dan tidak memberi waktu untuk usaha agama)

Dari itu, bukan suasana dunia dibawa kemasjid, tetapi suasana masjid dibawa kedalam dunia seperti bukan suasana jual-beli dibawa kedalam masjid tetapi suasana masjid seperti zikir, jaga mata, jaga adab dan lain-lain dibawa kedalam pasar atau dimana sahaja. Sebagaimana bukan budaya luar kehidupan seharian dibawa kedalam agama Islam tetapi ajaran agama Islam itu dikembangkan kedalam budaya kehidupan seharian.

Segala pesanan adalah pertama-tamanya untuk diri saya yang dhaif ini. Kesilapan harap dimaafkan.......


6 comments:

Ziarah76 said...

setuju. politik benda furuk je...

terima kasih atas ingatan...

zarch said...

Z76, Maulana Yusuf rah. pernah menasihati Syaikh Hasan AlBanna rah.:
“... Oleh itu, semasa duduk beliau (Hadratji Maulana In'amul-Hassan Sahib rah.alaih) berkata, “Maulana Muhammad Yusuf Sahib rah. pernah memberi pandangan kepada Shaikh Hassan AlBanna agar memelihara kerja (agama)nya dari terlibat dengan politik dan menasihatinya agar jangan berselisih dengan kerajaan. Tetapi beliau tidak menerima (nasihat tersebut).

Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi rah. menulis didalam Karwan-e-Zindagi:
“Telah menjadi fakta bahawa sekiranya Ikhwan tidak mengambil bahagian secara aktif didalam politik untuk beberapa tempoh masa lagi dan tidak terperangkap didalam politik (secara) praktikal, dan meneruskan kerja pengislahan dan dakwah dengan penuh tumpuan, akan berlaku revolusi Islam di dunia Arab dan kehidapan baru akan muncul. Saya telah mengetahui dari pelbagai otoriti dan sumber yang terpercaya bahawa di hujung kehidupan beliau, Syaikh Hassan AlBanna sendiri berasa amat menyesal dan berkata bahawa beliau telah masuk secara pra matang didalam arena politik dan kemudiannya berhadapan dengan masalah. Beliau mempunyai keinginan yang besar, sekiranya diberi peluang, untuk beliau sekali lagi membuat kerja (atas) daawah dan hidayah secara eksklusif supaya beliau dapat menyemai kemampuan, didalam parti secara khususnya dan kaum Muslimin secara umumnya, sesuai didalam memenuhi segala tanggungjawab dan melepasi segala ujian dan rintangan. .(Karwan-e-Zindagi, Vol.1, p. 382).

Dipetik dari blog: http://dakwah-ilallah.blogspot.com/2010/10/nasihat-oleh-maulana-yusuf-kepada.html

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Jazakallah atas teguran dan nasihat. Terlalu halus bahasanya agar banyak hati dapat dijaga. Sangat hikmah dan penuh keikhlasan dari lubuk hati yang paling dalam. Alla yubarik fih..

zarch said...

Waalaikumsalam Ishak Zaini, begitulah Tuan Mufti Harusanni yang halus bahasanya serta berhikmah. Semoga Alah merahmati Tuan Mufti Harussani dan menjadikan beliau sentiasa asbab hidayat serta asbab khair untuk semua.

van qif said...

Antara perkara yang paling manis belajar buat usaha agama ni ialah kita cenderung untuk memuliakan setiap orang yang ada Kalimah tauhid dalam hatinya...dan yang paling mahalnya pada aku, kita belajar untuk tidak bersangka buruk pada semua orang...sunah nabi tu..

zarch said...

Benar kata van gif, semoga kita semua dibantu-Nya dalam usaha memahami dan membawa agama kedalam diri disamping dijadikan asbab hidayat untuk seluruh alam.

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai