Penyusunan
dan pembukuan ilmu usul fiqh adalah amat penting bukan sahaja buat
setiap muslim untuk memahami agama dan mengamalkannya, tetapi lebih
dari itu, ia amat penting untuk menjadi kaedah buat para fuqaha agar
tidak melakukan kesilapan dalam mengistinbatkan (menggali) hukum.
Dengannya juga, para fuqaha dapat mengimbangi serta memandu
pengetahuan mereka agar selari dengan para-para imam mujtahid
terdahulu, para sahaba-sahabi serta seterusnya dengan Rasulullah
s.a.w sendiri kerana usul fiqh melalui mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah
adalah turutan dari itu.
Lantaran
itu, sekiranya diperhatikan, objek penyusunan ilmu usul fiqh adalah lebih kepada
mempertahankan asas-asas ilmu fiqh itu sendiri dengan memperdalami
asas-asas tersebut dan seterusnya merupakan metodologi penetapan buat
hukum-hukum dimana ini semua buat memudahkan untuk pengamalan umat
Islam seterusnya. Dengan adanya penyusunan ilmu usul fiqh ini,
generasi kemudian (terutama generasi selepas 3 kurun hijrah
sehinggalah kehari ini, iaitu generasi yang telah amat jauh dari
zaman Rasulullah s.a.w), tidak terkeliru atau tersilap dalam memahami
asas-asas agama Islam itu sendiri.
Mempelajari
usul fiqh adalah merupakan suatu kewajipan kepada semua mukalaf dari
kalangan kaum muslim tidak kira lelaki atau wanita kerana dengannya,
setiap individual muslim memahami apa dia kehendak Allah mengikut
jalan Rasulullah s.a.w dalam 24 jam kehidupan sehariannya. Hatta,
sedari usia kecil, setiap muslim wajar didedahkan kepadanya. Mungkin
seseorang tersebut tidak berpeluang mempelajari keseluruhan bab-bab
agama atau tidak mencapai status uztad mahupun status ulama, namun
asas-asas agama yang tersemadi didalam usul fiqh, adalah tetap
menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mempelajari atau mendalami sedaya mungkin.
Ini
kerana, dengan adanya pengetahuan asas pada usul fiqh biarpun minimum
contohnya untuk bab-bab yang diperlukan dalam kehidupan seharian
seperti bab taharah, bab solat dan lain-lain, mampu membantu diri
insan tersebut mengamalkan ajaran agama Islam dan agama Islam adalah agama
pengamalan, bukan hanya pembelajaran, pembukuan atau kefasihan.
Sedang, seseorang tersebut boleh sahaja mencapai tahap ulama,
menguasai segala cabang usul fiqh namun tanpa pengamalan keatas ilmu
yang diketahui, dirinya adalah lebih hina dari mereka yang tidak
beramal lantaran kejahilan.
Perkataan
fiqh sendiri menurut istilah dikalangan ramai para ulama fiqh bererti
ilmu tentang hukum syarak mengenai amali atau bersifat amali
sebagaimana contohnya:
1) Fiqh adalah ilmu tentang hukum syara’ mengenai perbuatan (manusia) yang amali (praktikal) yang diperoleh melalui dalil-dalilnya yang tafsili.
1) Fiqh adalah ilmu tentang hukum syara’ mengenai perbuatan (manusia) yang amali (praktikal) yang diperoleh melalui dalil-dalilnya yang tafsili.
(العلم بالاحكا م الشرعية العملية المكتسبة من اد لتها التفصيلية).Al ‘ilmu bil ahkamisy syar’iyyati al ‘amaliyati al muktasabati min adillatiha at tafshiliyyati (SyeikhTajuddin Ibnu as-Subky)
2) Fiqh adalah hukum syara’ yang amali diperoleh dengan cara istinbath (penetapan hukum) oleh para mujtahid dari dalil syara’ yang tafsili.
(الا
حكا م الشر عية العملية التى استنبطها
المجتهد و ن من الا دلة الشرعية
التفصيلية).Al-ahkamusy
syar’iyyati al ‘amaliyati al lati istinbathiha al mujtahiduna
minal adillatisy syar’iyyati at tafshiliyyati. (Syeikh Zakariya
al-Bari)
3) Fiqh adalah kumpulan hukum-hukum syara’ yang bersifat amali yang diambil dari dalil-dalil yang tafsili.
3) Fiqh adalah kumpulan hukum-hukum syara’ yang bersifat amali yang diambil dari dalil-dalil yang tafsili.
(مجمو
عة الاحكا م الشرعية العملية المكتسبة
من اد لتها التفصيلية).
Majmu’atul ahkamisy syar’iyyati al ‘amaliyyati al muktasabati min adillatiha at tafshiliyyati. (Syeikh Muhammad Abu Zahrah)
Majmu’atul ahkamisy syar’iyyati al ‘amaliyyati al muktasabati min adillatiha at tafshiliyyati. (Syeikh Muhammad Abu Zahrah)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment