Monday

Pemahaman - 3




Penyusunan ilmu usul fiqh pada kurun kedua hijrah ini seterusnya membawa kepada kemunculan mahzab-mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah yang dikenali dan diikuti hari ini. Mazhab adalah kumpulan pendapat mujtahid yang berupa hukum-hukum Islam, yang digali dari dalil-dalil syariat yang terperinci serta berbagai kaedah (qawa’id) dan landasan (usul) yang mendasari pendapat tersebut, yang saling terkait satu sama lain sehingga menjadi satu kesatuan yang utuh. Ada yang menyatakan, istilah mazhab mencakup dua hal iaitu pertamanya, sekumpulan hukum-hukum Islam yang digali oleh seorang imam mujtahid, dan keduanya adalah usul fiqh yang menjadi jalan (thariq) yang ditempuh mujtahid itu untuk menggali hukum-hukum Islam dari dalil-dalilnya yang terperinci.

Selepas zaman penyusunan ilmu usul fiqh, munculnya zaman tahrir, takhrij dan tarjih dalam mazhab fiqh. Tahrir, takhrij, dan tarjih adalah upaya yang dilakukan para ulama mengikut mazhab masing-masing dalam mengomentari, memperjelaskan dan mengulas pendapat para imam Mazhab mereka. Apatah lagi, kerana perbezaan yang memungkinkan perpecahan yang amat besar dikalangan umat Islam dari segi usul fiqh sekiranya dibenarkan terus berkembang fenomena mujtahid yang berkemampuan berijtihad dan mengembangkan mazhabnya sendiri. Atas itu, para ulama fiqh waktu itu, mengekalkan status mereka hanya pada tahap mujtahid fi al-mazhab (mujtahid yang melakukan ijtihad berdasarkan prinsip yang ada dalam mazhabnya)

Dan ternyata, 4 mazhab dalam Ahlu Sunnah wal Jamaah iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hambali telah mencukupi kerana sekiranya setiap ulama yang datang kemudian dan membawa mazhab-mazhab baru mereka, maka kekeliruan besar terjadi dikalangan umat Islam, terutama dalam hal yang mana, mazhab-mazhab baru tersebut cuba mengambil tempatnya dikalangan umat Islam dan ini tentunya menyebabkan pertelingkahan-pertelingkahan mahupun seterusnya kepada peperangan mazhab atas perbezaan-perbezaan yang dibawa.

Dalam hal 4 mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah, masing-masing menghormati masing yang lain, namun begitu, tentulah juga akan berlaku kekecohan, sekiranya mereka yang mengikut mazhab yang lain mendesak pengikut mazhab yang lain mengikut usul fiqh mereka. Lantaran itu, contohnya, mereka yang mengikut mazhab Maliki mengerakkan jari mereka pada tasyahud akhir tentunya tidak akan mendesak mereka yang mengikut mazhab Syafie atau mazhab Hanafi yang tidak mengerakkan jari ditasyahud akhir lantaran ulama-ulama Syafie atau Hanafi mempunyai dalil yang jelas atas itu. Semangat menghormati pada setiap mazhab dalam Ahlu Sunnah wal Jamaah ini telah terbina sekian lama.

Namun bayangkan, sekiranya, beratus-ratus mazhab yang timbul lantaran setiap ulama fiqh wajar sahaja berijtihad diatas pendapatnya sendiri dan menyusun segala usul fiqh mengikut pendapatnya sendiri, tentulah kekecuhan yang besar berlaku didalam umat hatta akan berlaku dalam suatu keluarga, siayah akan bertegang dengan anaknya lantaran usul fiqh yang amat berbeza yang diikuti oleh masing-masing. Hari ini pun telah menyaksikan bagaimana atas perbezaan politik dunia yang dimiliki oleh individual yang berbeza menyebabkan mereka bermasam muka atau sentiasa menaruh prasangka, inikan pula usul fiqh yang merupakan cara hidup-mati setiap individual. 

Sebegitu juga, bagaimanakah setiap individual umat Islam mampu belajar dan memahami apa yang dipelajari adalah hak, sekiranya setiap musim, akan ditemuinya dalil-dalil lain yang menyatakan apa yang dipelajari adalah suatu kesilapan? Bagaimanakah terjadi seterusnya kepada seluruh sistem pembelajaran umat Islam sekiranya setiap tahun, dirombak atas ijtihad-ijtihad baru para ulama fiqh yang menampilkan mazhab masing-masing?


Bersambung...

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai