Sunday

Pemahaman - 6



Dalam kehidupan yang dilalui seharian, wajar sahaja terdapatnya sesuatu perkara yang menjadi keutamaan dibandingkan dengan perkara-perkara yang lain dan semestinya dikedepankan biarpun sebenarnya, perkara-parkara lain juga adalah dalam senarai suatu kewajaran. Hatta, perkara-perkara yang menjadi keutamaan ini kekadang dilihat melangkau atau mengatasi perkara-perkara yang diwaktu lain adalah suatu perintah wajib didalam usul fiqf seperti contohnya diwaktu yang begitu darurat, daging haiwan yang haram dimakan, menjadi halal atas keutamaan menyelamatkan nyawa dari kebuluran.

Keadaan dimana suatu perkara menjadi keutamaan dibandingkan dengan perkara-perkara yang lain sebenarnya berlaku saban waktu dalam kehidupan 24 jam seharian seorang muslim seperti bekerja mencari rezeki yang halal adalah keutamaan namun solat fardu 5 waktu adalah begitu jauh utamanya dari bekerja, lantas dari itu, seorang muslim menjadi kewajipan bagi dirinya bersolat fardu tidak kira dimana dirinya bekerja (solat fardu tersebut hanya mengambil beberapa minit dan boleh dilakukan selama mana waktu solat ada). Ini kerana, keutamaan solat fardu 5 waktu adalah menduduki tangga yang kedua selepas seseorang tersebut menyebut kalimah syahadah hatta dizaman nabi, sebaik sahaja seseorang memeluk agama Islam, yang utama diajarkan adalah thaharah dan bersolat.

Dan tentulah, kalimah syahadah itu sendiri menjadi keutamaan pada segala yang ada, dimana keutamaan bererti juga memahami apa kandungan kalimah tersebut dan bersaksi dengan sebenar-benar saksi akan penyataan diatas syahadahnya. Lantaran itu, tidak kira samada seorang tersebut ulama, awam mahupun umarak, semuanya wajib berusaha keatas kalimah ini, iaitu keatas iman dan yakin mereka. Atas keutamaan ini juga, semuanya wajar memberi masa saban waktu untuk mencapai pengertian sebenar iman dan yakin mereka.

Sebagaimana juga, berusaha keatas iman dengan dakwah adalah lebih utama daripada usaha mendapat kekuasaan pemerintah, hatta objek utama sebenarnya mendapat kekuasaan pemerintah buat kaum muslimin adalah agar usaha keatas iman dapat dilaksanakan dengan aman (sebagaimana dizaman Nabi dan para sahaba, terutama dalam mana keadaan mereka dizalimi kerana melaksanakan keIslaman mereka). Lantaran itu, mereka yang hanya berusaha dengan segala helahnya untuk mencapai kekuasaan dengan membelakangi usaha keatas iman adalah perjuangan yang sia-sia dan tiada nilai disisi Allah.

Berbalik kepada keutamaan sesuatu mengatasi yang lain, ianya disebut sebagai Fiqh Awlawiyat yang mana awlawiyat adalah dari perkataan awla bermakna paling utama, paling afdal atau paling penting. Dari itu, makna fiqh awlawiyat adalah memahami sesuatu yang paling utama daripada yang lain, dengan keadaan wajar didahulukan daripada perkara-perkara yang lain, sesuai dengan masa dan tempat pelaksanaannya.

Dalam pelaksanaan keatas fiqh awlawiyat, selain daripada pemahaman akan usul fiqh itu sendiri seperti apa itu fardu ain dan fardu kifayah serta juga akan letaknya hukum-hukum buat sesuatu sesuai dengan masa dan tempatnya, iainya juga dalam pertimbangan apa itu kemaslahatan dan apa itu kemudaratan. Kemaslahatan adalah kepentingan sesuatu perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan pada diri serta ummah manakala kemudaratan adalah perkara-perkara yang membawa kepada keosakan pada diri mahupun pada ummah seterusnya.

Pertimbangan keatas kemaslahatan contohnya adalah berupa mendahulukan sesuatu yang jelas kepentingan atau kebaikannya, mendahulukan sesuatu yang jelas membawa lebih besar kebaikannya, mendahulukan sesuatu yang kebaikannya membawa kepada sesuatu yang berterusan atau berkaitan dengan sesuatu yang lain pula dan seterusnya.

Manakala pertimbangan keatas kemudaratan contohnya adalah menghindari sesuatu yang jelas membawa kerosakan, membelakangi sesuatu yang biarpun ianya kelihatan sebagai keutamaan lantaran kesan buruk yang lebih besar akan terjadi, melaksanakan sesuatu yang dilihat ada bahaya khusus padanya namun dengannya dapat menghindari bahaya yang lebih besar dan seterusnya.


Bersambung...

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai