فَلَوۡلَا
نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٍ۬ مِّنۡہُمۡ
طَآٮِٕفَةٌ۬ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى
ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ
إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ لَعَلَّهُمۡ
يَحۡذَرُونَ
Mengapa tidak
pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk
memperdalami pengetahuan (Fiqh) mereka tentang agama dan untuk
memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali
kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. - (Surah Tawba:
122)
Usul Fiqh adalah
suatu bidang ilmu dalam syariat Islam yang secara khusus membicarakan
persoalan hukum-hakam dalam kehidupan seharian insan samada buat
individu mahupun bermasyarakat. Dimana contohnya dari dalil-dalil
yang jelas (tafshili) iaitu dari Al Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas;
maka keluarnya hukum dalam bentuk wajib, sunat, harus (mubah), makruh
dan mahupun haram dalam memahami segala perintah-perintah mahupun
larangan-larangan Allah Taala melalui cara sebagaimana yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Manakala definisi
Fiqh (ﻓﻘﻪ)
adalah mengetahui atau pemahaman yang mendalam buat sesuatu hal
sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang lebih kurang
terjemahannya:
“Barangsiapa
dikehendaki oleh Allah akan diberikannya kebajikan dan keutamaan,
niscaya diberikan kepadanya “ke-faqih-an”
dalam urusan agama.” (Bukhari-Muslim).
Dalam
pada itu, juga terdapat perkara-perkara yang diluar dari Al Quran dan
Sunnah Nabi, namun diatas pengetahuan atau kefahaman yang mendalam
bahawa ianya membawa kebaikan atau mashalat buat insan, disamping
ianya selari atau tidak bercanggah dengan ushul fiqh, maka ianya
dibenarkan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang lebih kurang
terjemahannya:
"Antum
a'lamu biumuuri dun-yaakum (Kamu lebih mengetahui tentang
urusan-urusan duniamu)" (Muslim).
Dalam
urusan duniawi, peperangan, siasat politik, muamalah dan sepertinya,
didapati juga bahawa Rasulullah s.a.w sering bermusyawarah dengan
para sahabat, dimana kekadang Rasulullah menerima usulan atau syor
dari para sahaba dengan meninggalkan pendapatnya sendiri. Contohnya,
seperti peristiwa perang Badar, Rasulullah memerintahkan pasukan
Islam untuk mengambil posisi disuatu tempat, tetapi kemudian, salah
seorang sahaba mengusulkan agar pasukan kaum Muslimin mengambil
posisi didepan sumber mata air dan usulan ini diterima oleh
Rasulullah s.a.w.
Sebegitu
juga dengan peristiwa, beberapa penduduk Madinah melakukan usaha
mengawinkan pokok-pokok kurma untuk memperoleh buah yang lebih banyak
yang mana, pada mulanya, Rasulullah melarang perbuatan tersebut dan
penduduk Madinah mentaati larangan Rasulullah tersebut. Namun setelah
tahun itu, pokok-pokok kurma didapati tidak menghasilkan buah yang
banyak, Rasulullah kemudiannya mengizinkan mereka melakukan tindakan
mengawinkan pokok-pokok kurma tersebut.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment