Usul
Fiqh iaitu dari segi bahasa, usul adalah bererti asas, sumber,
kaedah, punca atau mahupun dalil dan manakala fiqh memahami sesuatu
perkara. Usul Fiqh membawa makna akan asas pemahaman buat sesuatu
tersebut, didalami melalui Al-Quran dan Sunnah dimana definisinya
adalah ilmu-ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum
syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil
tafsili. "At-tafshiliyyah" (bersifat terperinci), ilmu
tentang hukum-hukum syari'at yang didapati dari dalil-dalilnya yang
"ijmali", seperti contohnya perintah-perintah yang membawa
kepada kewajipan atau larangan-larangan yang membawa kepada
pengharaman dan seterusnya.
Sejarah
perkembangan ilmu usul fiqh adalah melalui beberapa
peringkat-peringkat sebagaimana peringkat pertama adalah zaman Nabi
kemudian zaman para sahaba-sahabi, zaman para tabien dan seterusnya
kepada zaman kemunculan ilmu usul fiqh itu sendiri.
Pada
zaman Rasulullah s.a.w, hukum-hukum diambil dari wahyu dan
diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. Segala permasaalahan yang timbul akan
dirujuk terus kepada Rasulullah s.a.w, dimana beliau akan menerangkan
secara terus samaada berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan
atau penjelasan -penjelasan dari beliau sendiri. Sedang mereka yang
berada jauh dari Rasulullah dan tidak dapat merujuk terus kepada
Rasulullah akan sesuatu permasaalahan, misalnya Muaz bin Jabal yang
diutuskan ke Yaman, Rasulullah membenarkan Muaz bin Jabal berijtihad
dalam perkara-perkara yang didalam al-Quran dan as-Sunnah tidak
diketemui ketentuannya.
Setelah
kewafatan Rasulullah s.a.w, sebarang permasalahan yang timbul,
dirujuk kepada para Sahaba-sahabi, dimana mereka mampu mengistinbat
hukum terus dari al-Quran dan as-Sunnah kerana penguasaan bahasa Arab
yang baik, mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat
atau sabab wurud al-hadis dan mereka sendiri merupakan para
Perawi-perawi Hadis yang diambil terus dari Rasulullah s.a.w.
Mereka
menetapkan hukum dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dan
sekiranya mereka tidak menemui sebarang ketetapan hukum tentang
sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah
qias. Inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam kalangan
para Sahaba seperti Abu Bakar r.a, Umar bin al-Khattab r.a, Uthman
bin Affan r.a, Ali bin Abu Talib r.a dan serta sahabi seperti Saidina
Aishah r.anha. Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu
hukum maka berlakulah ijma'.
Pada
zaman Tabien pula, cara mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan
zaman para sahaba- sahabi kerana mereka adalah generasi yang jarak
masa mereka adalah tidak jauh dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Yang
membezakannya ialah sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam
al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma', mereka akan merujuk kepada
pandangan para sahaba-sahabi sebelum berijtihad. Diwaktu ini,
penyusunan ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul dan cara ini adalah
sebagaimana yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi'in
seperti Sa'id bin al-Musayyib, 'Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih
dan Ibrahim an-Nakha'i.
Manakala
zaman kemunculan Ilmu Usul Fiqh adalah pada kurun kedua Hijrah dimana
keadaan umat Islam diwaktu tersebut menjadi semakin berubah seperti
bertambahnya secara drastik bilangan umat Islam terutama dikalangan
orang-orang Ajam atau orang yang bukan keturunan Arab. Atas
permintaan-permintaan akan keperluaannya penjelasan secara detail
akan sesuatu perkara tersebut, maka para-para ulama diwaktu itu mula
menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana ilmu Usul al-Fiqh
untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka. Ilmu Ushul al-Fiqh
disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri seperti didalam sebuah
kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris
as-Syafie, yang membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari
segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan
hukum.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment