Usul
fiqh bukan sahaja penting dalam memahami setiap hukum-hukum buat
perlaksanaan dalam kehidupan 24 jam seharian sebagai seorang muslim,
ianya juga buat sempadan dalam menghukum pihak-pihak lain. Contohnya,
seseorang yang sebelum ini, hidupnya jauh dari agama atau jauh dari
sunnah nabi, kemudian mendapat hidayat dan melaksanakan perintah
Allah serta menghidupkan sunnah-sunnah Nabi dalam kehidupannya, namun
lantaran tidak memahami usul fiqh, dirinya wajar sahaja menghukum
sewenang-wenangnya pihak lain yang tidak seperti dirinya sebagai
dholalah atau menentang sunnah nabi. Seperti bila dirinya
melihat pihak lain tidak berjanggut, memakai baju labuh dari buku
lali dan lain-lain, terus dirinya menghukum sekian-sekian hukuman
berat pada pihak lain, hatta keperingkat mensyirikan pihak lain
seperti dalam hal-hal menyambut maulid Nabi, tawasul dan lain-lain.
Sedangkan
dengan memahami usul fiqh, instinbath al-ahkam (pengalian keatas
hukum-hukum), maka dirinya memahami apa itu hukum-hukum berbentuk
wajib, sunat, harus, makruh dan sebagainya seperti adanya ijtihad
atas sesuatu perkara serta dalil-dalil penerangan atas sesuatu
hukum-hukum tersebut.
Sebegitu
juga dalam bab yang amat penting iaitu bab akidah (sebagaimana Imam
Abu Hanifah rah. menamakan fiqh ul-akbar) ianya memerlukan bimbingan
serta huraian yang lengkap dari ulama-ulama akidah, bukan penerangan
semata-mata tafsiran diri sendiri tanpa panduan ulama-ulama akidah
terdahulu. Kerana tanpa bimbingan ulama-ulama akidah, akan
menyebabkan sesuatu pihak semudah-mudahnya mengkafirkan pihak lain
seperti contohnya mengkafirkan kalangan muslim yang mempercayai Allah
yang memberi kehidupan, makanan dan segalanya (Rububiyah) yang tidak
bersolat atau beribadat kepada Allah, sedangkan kaum muslim tersebut
tidak jatuh kafir, hanya jatuh dalam kategori muslim yang berdosa
atau lemah imannya kerana meninggalkan perintah Allah (melainkan
mereka menafikan bahawa solat itu adalah fardu, bukan atas seperti
malas dan lain-lain).
Juga contohnya, pihak pemerintah yang tidak melaksanakan hudud, tetapi memahami
bahawa hukum hudud itu adalah perintah namun diatas sesuatu faktor
yang lain seperti kurang kefahaman untuk melaksanakannya atau tidak berani melaksanakannya kerana sebahagian besar nisbah rakyat termasuk pihak dibawahnya adalah bukan
kalangan orang Islam yang mana sekiranya dilaksanakan juga, dikhuatiri akan dirampas kuasa pemerintah oleh pihak bukan Islam, pemerintah tersebut tidak jatuh
kufur tetapi hanya lemah dari sudut pelaksanaan Islamnya, kerana
pemerintah yang kufur adalah pemerintah yang menentang Islam atau
pemerintah yang bukan dari kalangan orang Islam.
Lantaran
itu, usul fiqh adalah amat penting dan menjadi kewajipan buat setiap
muslim mukalaf mempelajarinya, mendalami serta mengamalkannya. Malah
menjadi tanggung-jawab pihak berkuasa menyediakan ruang atau peluang
untuk setiap muslim mukalaf dibawah pemerintahannya, dapat menguasai
ilmu usul fiqh terutamanya diparas bab-bab yang asas.
Imam
Abu Hanifah rah. menyatakan fiqh mencakupi segala bab seperti bab
i`tiqadiyyat (akidah, keimanan), amaliyyat (pengamalan, zahir) serta
wijdaniyyat (akhlak, batin) seperti dalam mazhab Hanafi yang dikenal
dengan sebutan al-fiqh al-akbar, yang mana perkembangan fiqh pada era
ini belum disusun sebagai sebuah disiplin ilmu
tersendiri.
Manakala
zaman kemudiannya , seperti era Imam Syafie, usul fiqh itu adalah
lebih dalam kategori hukum-hukum syari yang bersifat amali
(pengamalan) dan diperolehi melalui istinbath hukum berdasarkan
dalil-dalail tafshili (terperinci).
Pada
prinsip usul fiqh, setiap hukum diambil dari yang tersurat
sebagaimana didalam al-Quran dan Hadis, namun sebegitu, terdapat juga
yang tersirat didalam al-Quran dan Hadis yang memerlukan pemahaman
yang mendalam akan urutan sesuatu peristiwa tersebut untuk
mengungkapkan hukum-hukum darinya. Atas itu, maka pengambilan untuk
sesuatu hukum tersebut terbahagi kepada:
1
– Dalil juz`i / tafshili, iaitu dalil-dalil terperinci berupa
ayat-ayat wahyu yang menunjukkan hukum-hukum tertentu secara tersurat
seperti ayat-ayat wahyu berkenaan dengan hukum wajib bersolat fardu
atau berpuasa dibulan Ramadan, hukum haram berzina atau riba dan
seterusnya pada hukum-hukum yang lain.
2
– Dalil kulli / ijmali, iaitu dalil umum yang menunjukkan
ketentuan-ketentuan sesuatu hukum secara tersirat, yang merupakan
bandingan-bandingan untuk meletakan kategori hukum pada sesuatu.
Seperti
contohnya dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah: (
لا
ضرر ولا ضرار ),
yang lebih kurang maknanya, tidak boleh melakukan kemudaratan,
menunjukkan hukum tersirat haram terhadap sesuatu yang
memudaratkan, dimana banyaknya hukum-hukum disabitkan dari dalil
hadis ini seperti larangan menghisap rokok dan lain-lain.
Dalil
pertama iaitu juz’i atau tafshili jelas merupakan kategori pertama
dalam penetapan hukum namun begitu, dalil kedua iaitu kulli atau
ijmali adalah juga suatu keutamaan dimana kedua-duanya merupakan
metodologi untuk istinbath al-ahkam buat sesuatu hukum. Kedua-duanya
amat berkaitan sebagaimana contohnya kaitan ayat yang memerintah
memakan haiwan yang halal dengan kategori seterusnya atas hukum
samaada daging haiwan tersebut menjadi makruh atau jatuh haram atas jalallah, iaitu haiwan yang menjadikan najis sebagai makanan asasinya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment