Kita
biasa mendengar ayat yang menyatakan bahawa 1 hari dilangit bersamaan
dengan 1000 tahun dibumi, yang mungkin bagi sesetengah pihak ianya
kedengaran ganjil atau menjadi pertanyaan akan pengiraan sebegitu
sekiranya ditafsir dengan akal pengiraan insan semata-mata, sedangkan
itu adalah hakikat kebenaran;
“Dia
mengatur urusan dari langit ke bumi kemudian (urusan) itu naik
kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun
menurut perhitungan kamu.” - (Surah As-Sajadah, ayat 5)
Ayat
ini (ayat mutasyabih) bukan bermakna Allah bertempat dilangit dan
Allah memerlukan sekian-sekian masa untuk sesuatu sampai kepadaNya
tetapi bermakna kekuasaan Allah yang mutlak pada ruang dan masa
dimana Allah menguruskan segalanya dari langit kebumi pada setiap
ruang dan masa, dan ditetapkanNya sekian-sekian waktu buat segalanya
itu seperti umur, hayat atau pengiraan akan buat segalanya.
Ayat
ini juga bukan bermakna sekiranya seseorang tersebut melakukan
sesuatu amalan maka amalannya sampai pada Allah setelah 1000 tahun
kemudian, tetapi ayat ini adalah kenyataan mutlak akan kekuasaan
Allah buat ruang dan waktu dimana apa yang dianggap ratusan atau
ribuan tahun oleh insan melalui pengiraannya didunia ini, boleh
sahaja menjadi sesaat sahaja hakikatnya.
Contohnya
dinyatakan didalam ayat yang lain, bagaimana sehari akan sesuatu
kejadian adalah seperti 50,000 tahun lamanya, dimana jelas dimensi
ruang dan waktu itu mutlak kepunyaan Allah semata-mata:
تَعۡرُجُ
ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ
فِى يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ
خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬ (٤
“Para
Malaikat dan Jibril naik (menghadap) Tuhan dalam sehari yang kadarnya
lima puluh ribu tahun,” - (Surah al-Maarij ayat 4)
Sesungguhnya,
Allah Taala sahaja yang berkuasa memanjangkan usia sesuatu tersebut
atau memendekkannya. Sebegitu juga, Allah berkuasa memberikan sesuatu
tersebut yang hayatnya singkat tetapi beramal seperti ribuan tahun
lamanya atau sebaliknya sesuatu tersebut yang panjang hayatnya tetapi
beramal hanya seperti beberapa hari atau detik sahaja.
Jin
yang hidup dalam dunia yang paralel dengan dunia insan, namun
dijadikan panjang hayatnya ratusan sehingga ribuan tahun dibandingkan dengan insan
sebagaimana Allah menjadikan kaum Nabi Nuh yang usia mereka mencecah
ribuan tahun sedangkan mereka adalah dari kalangan insan itu sendiri.
Hari
ini, ada yang menyatakan bahawa masa dimuka bumi tidak sama dengan
masa diangkasa lepas. Seorang angkawasan yang berada diangkasa lepas
dalam masa 10 hari, bila kembali kebumi, hakikatnya dirinya mengalami
kelewatan atau muda beberapa hari dari yang berada dimuka bumi.
Einstein
menyatakan bahawa masa itu bergantung pada kelajuan sesuatu tersebut
bergerak dimana masa adalah suatu aspek relativ atau kenisbian
manakala Newton pula menyatakan bahawa masa itu seperti air yang
mengalir dimana sama sahaja kelajuannya atau sama sahaja detiknya
tidak kira dimana-mana. Sedang terdapat teori yang menyatakan semakin
menghampiri sesuatu tersebut dengan tarikan graviti, semakin perlahan
waktunya manakala semakin menjauhi dari tarikan graviti maka semakin
pantas waktunya, namun apakah benar semuanya itu?
Pengiraan
yang dilakukan oleh insan bukanlah suatu penyataan mutlak untuk
disebatikan buat segala kehidupan yang ada dialam semesta ini. Mungkin ia
amat bersesuaian untuk kehidupan insan dalam ruang dan waktunya,
tambahan diperbaiki cara-cara pergiraannya seperti suatu waktu
dahulu, insan amat begitu payah untuk mengira dalam kiraan roman
namun dunia Islam telah merubahnya menjadi suatu kiraan yang mudah
dan serta juga dunia Islam telah memperkenalkan Aljebra oleh ibnu al-Khawarizmi pada abad ke-9 diBaghdad (dimana suatu kiraan tamadun
silam India yang diperbaiki) atau Al Jazari yang pertama mencipta jam
mekanisme untuk mengira detik-detik masa, namun semua dari itu, ia
tentulah tidak sesuai untuk ditegaskan bahawa itu adalah mutlak untuk
kiraan buat keseluruhan kehidupan yang ada didalam alam semesta ini.
Haiwanat
yang menetap didalam ruang dan masa yang sama dengan insan, memiliki
detik kiraan kehidupan yang berbeza dengan insan, lantaran itu,
pengiraan sebenar buat ruang dan masa buat kehidupannya tidak sama
dengan insan. Contohnya lalat yang singkat hayatnya, amat sukar untuk
ditangkap dengan tangan kosong biar pun dicuba sepantas mungkin
kerana, detik buat lalat adalah berbeza buat insan dimana biarpun
sepantas mungkin pergerakan tangan dihayunkan kepada lalat, namun
lalat melihatnya sebagai suatu pergerakan yang perlahan yang mana
lazimnya ada ruang dan masa buat dirinya terbang melarikan diri.
Sebegitulah
seterusnya jelas, ruang dan masa bagi dunia jin, biarpun dunianya
paralel dengan dunia insan dan hidupnya jin dalam kalangan kehidupan
insan, namun dunia jin itu sendiri memiliki ruang dan masanya yang
tersendiri serta unik sekiranya dibandingkan dengan ruang dan masa
insan.
Bersambung...
2 comments:
Allah Maha Berkuasa. Hidup kita di dunia ini sekadar sejam lebih hidup di Akhirat sahaja. Wallahu'alam.
Ya benar, sejam atau mahupun sekelip mata sahaja kehidupan didunia ini. Semoga masa yang singkat ini mampu menjadi jaminan untuk mendapatkan kebahagian yang berkekalan diakhirat.
Post a Comment