Friday

Dunia jin - 8


Parallelnya dunia jin dan insan adalah dimana ruang dan masa yang sama diduduki tetapi berbeza suasana. Contohnya dua dunia yang berbeza dalam suatu ruang dan masa adalah seperti dua orang insan menerangkan apakah warna sesuatu tersebut tetapi keputusannya adalah berbeza sedangkan warnanya adalah sama lantaran seorang memiliki mata yang jelas manakala seorang lagi mengalami sindrom buta warna.

Atau terjadinya stimulasi yang berbeza keatas perasaan dalam suatu bilik yang sama, dimana salah seorang darinya melihat suasana bilik tersebut ceria kerana perasaan selesa atau gembira atas sesuatu sebab, manakala seorang lagi melihat suasana bilik tersebut suram dan menyesakkan kerana perasaan sedih atau duka atas sesuatu sebab, sedangkan kedua-duanya adalah dalam bilik yang sama dan diwaktu yang sama.

Ini kerana, setiap sesuatu itu nyata bergantung pada keadaan dunia yang diduduki seperti contohnya berat sesuatu bongkah tersebut, dikatakan sekian-sekian kilogram beratnya tetapi bila diletakkan ditempat yang keadaannya kurang daya tarikan graviti atau tiada daya tarikan graviti, maka bungkah tersebut bukan lagi berada dalam berat sekian-sekian kilogram sebagaimana yang lazim diketahui.

Sebegitulah juga dengan dunia jin yang parallel dengan dunia insan, dimana samada sekumpulan jin ini menduduki ruang dan masa yang sama dengan insan seperti diatas muka bumi atau ditempat dan masa yang berlainan, namun keputusannya adalah tidak akan sama keadaan kedua dunia ini biar pun menghadapi kehidupan yang sama sebagaimana berat sesuatu bungkah yang sama tetapi tidak sama beratnya sekiranya berada didalam suatu daya tarikan graviti yang kuat dengan yang tiada daya tarikan graviti keatasnya.

Dalam pada itu, hari ini, para ahli ilmuan dari berbagai bidang juga cuba mengkaji akan kewujudan dunia parallel dengan dunia insan. Mereka cuba mengkaji dan mengukur akan kewujudan dunia parallel dengan dunia insan melalui ilmu ilmiah insan. Ada yang mengatakan bahawa terdapat empat jenis dunia yang parallel dengan dunia insan seperti contohnya berlandaskan teori dawai (springteory), teori-M (M teory), quantum multiverse dan lain-lain. Apakah ada benarnya atau hanya berligar-ligar dalam teorinya:



Bersambung...

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai