Sebenarnya,
peperangan antara jentera syaitan-Iblis dengan insan tidak pernah
berakhir dan malah Iblis sentiasa melatih jentera-jenteranya dari
kalangan jin dan insan untuk membawa bukan sahaja insan, malah
jin-jin yang bukan dari kalangan syaitan agar menyertai jalan-jalan
yang memesongkan. Namun begitu, syaitan-Iblis sebenarnya tidak
memiliki kuasa mutlak untuk menganggu insan dalam bentuk fizikal,
mungkin hanya segelintir yang berilmu dan gagah seperti jin ifrit.
Kerana sekiranya syaitan-Iblis berkemampuan sebegitu, tentu sedari
awal, dihapuskan Nabi Adam dan Hawa atau kesemua keturunan Nabi Adam.
Yang
jelas apa yang mampu dilakukan hanyalah berupa bisikan-bisikan buat
melakukan kejahatan sebagaimana yang dikehendakinya seperti bisikan
keatas Nabi Adam untuk memakan buah larangan atau bisikan keatas
Qabil untuk membunuh adiknya. Keupayaan syaitan adalah begitu terhad
tetapi ramai insan yang tidak menyedari, mempercayai akan sepenuhnya
buat kekuatan yang dimiliki oleh syaitan, lalu hanya membuat syaitan
mengambil peluang atas sangkaan-sangkaan salah sebegini.
Syaitan
sebenarnya hanya sentiasa mencuba dengan segala yang mampu dicapai
buat menguasai insan dan salah satu cara yang berjaya dilakukan
sesejak dahulu adalah dengan melalui jalan pintu ilmu sihir. Dimana
lazimnya kalangan insan yang mengikut jalan menyeleweng ilmu sihir,
membuka sendiri sempadan antara dunia syaitan dan insan.
Ilmu
sihir, pada awalnya bukanlah ilmu yang digunakan untuk kejahatan
tetapi suatu ilmu yang dibawa oleh malaikat kedunia insan. Kisahnya
bermula bila kalangan malaikat tidak memahami mengapa insan hidupnya
selalu memilih jalan silap, lalu Allah turunkan 2 dari kalangan
malaikat bernama Harut dan Marut kemuka bumi dengan dipersiapkan dari
bentuk fizikal mahupun nafsu seperti insan untuk memahami keadaan
sebenar kehidupan insan.
وَٱتَّبَعُواْ
مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ
مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَۖ وَمَا ڪَفَرَ
سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ
كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ
ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى
ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ
وَمَـٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ
أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا
نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡۖ
Dan
mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman [dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu
mengerjakan sihir], padahal Sulaiman tidak kafir [tidak mengerjakan
sihir], hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir [mengerjakan sihir].
Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan
kepada dua orang malaikat dinegeri Babil yaitu Harut dan Marut,
sedang keduanya tidak mengajarkan [sesuatu] kepada seorang pun
sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cubaan [bagimu],
sebab itu janganlah kamu kafir". - (Al-Baqarah ayat 102...)
Diriwayatkan,
keduanya diturunkan ditanah Babylon (Iraq) dan menetap disitu
dikalangan insan. Malaikat yang kejadiannya memang hebat, berilmu
tinggi samawi serta jujur yang kini hidup berintegrasi dengan insan
mula mengajar insan akan rahsia-rahsia ilmu pengetahuan yang tidak
diketahui oleh insan. Dipesannya agar menggunakan ilmu-ilmu ini buat
kebaikan membina kehidupan insan, namun disamping itu, para syaitan
juga berminat padanya. Tambahan kebanyakkan ilmu-ilmu tersebut
dilihat merupakan peluang untuk syaitan memesongkan insan, maka para
syaitan pun gigih menokok-tambah sehinggalah lahir ilmu sihir yang
beribu jenis.
Harut
dan Marut pula yang hidup dikalangan insan sebagai insan,
terperangkap dalam jasad yang nalurinya berhawa-nafsu, berkenalan
dengan seorang wanita jelita. Sehinggalah terjadi dimana keduanya
menaruh nafsu pada wanita tersebut dan mahu menidurinya. (Lazimnya,
perkara sebegini tidak akan terjadi kerana perbezaan kejadian antara
malaikat dengan insan, tetapi dalam kes ini, kedua-dua malaikat ini
dijadikan sepenuhnya seperti keadaan insan agar mereka hidup
dikalangan insan dan menyedari perbezaan anatara insan dengan
malaikat yang mana biarpun insan berakal tetapi berhawa nafsu membuatnya selalu memilih jalan
yang silap).
Siwanita
jelita tetapi jahat, ada yang menamakannya az-Zuharah, memberitahu
Harut-Marut, sekiranya keduanya mahu meniduri dirinya, wajarlah
pertamanya mensyirikkan Allah kerana wanita tersebut sendiri adalah
seorang musyrik. Namun ini ditolak oleh kedua malaikat tersebut, lalu
siwanita memberitahu, sekiranya mereka tidak mahu mensyirikkan Allah,
cukup sahaja mereka membunuh bayi yang dilahirkannya dari perzinaan.
Namun ini juga tidak mahu dilakukan dan akhirnya wanita tersebut
hanya mengajak Harut dan dan Marut meminum arak yang menyebabkan
kedua malaikat tersebut mabuk, membunuh sibayi dan meniduri wanita
tersebut.
Bila
tersedar dari mabuknya, Harut dan Marut menyedari akan dosa kesilapan
yang amat besar dilakukan oleh mereka lantaran hawa nafsu seperti
insan yang dimiliki. Keduanya memohon keampunan kepada Allah dan
bersedia disiksa selamanya sehinggalah dihari perhitungan dimana
mereka tidak akan diperhitungkan.
Imam
Ahmad dalam Musnadnya (2/134) meriwayatkan dari Ibnu Umar
bahawasannya beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya
Nabi Adam as, ketika hendak diturunkan oleh Allah kebumi, para
malaikat berkata: “Ya Allah, apakah Engkau akan menjadikan sebagai
pemimpin orang yang biasa melakukan kerusakan di muka bumi, juga
mengalirkan darah, sementara kami biasa bertasbih memuji dan
mensucikanMu. Allah berfirman: “Aku lebih tahu apa yang kalian
tidak ketahui”.
Para
malaikat berkata kembali: “Tuhan kami, kami lebih patuh dan taat
kepadaMu dari pada keturunan Adam”.
Allah
lalu berfirman: “Kalau demikian, cuba pilih dua malaikat yang
paling taat yang akan diturunkan kebumi, dan lihat apa yang akan
dilakukan oleh keduanya”.
Para
malaikat menjawab: “Tuhan kami, ini pilihan kami, Harut dan Marut”.
Kedua-duanya
lalu diturunkan ke bumi. Tidak lama kemudian, diciptakan seorang
wanita sangat jelita bernama, az-Zuharah, yang mendatangi keduanya. Keduanya
menjadi terpesona dan kagum dengan kejelitaannya sehinggakan
kedua-duanya berhajat untuk berzina dengannya.
Wanita
tersebut menolak dengan berkata: “Daku tidak akan melakukannya,
kecuali kamu berdua menyebut kata-kata syirik kepada Allah”.
“Demi
Allah, kami tidak akan pernah berbuat syirik kepada Allah sedikit pun
dan buat selamanya”, jawab Harut dan Marut.
Wanita
tersebut kemudiannya pergi dan datang kembali dengan membawa seorang
bayi dengan menyatakan sekiranya kedua malaikat tersebut mahu
meniduri dirinya, maka mereka harus membunuh bayinya. Kedua malaikat
tersebut menjawab: “Demi Allah, kami tidak akan melakukannya dan
kami tidak akan membunuh siapa pun buat selamanya”.
Wanita
tersebut pun berlalu pergi dan tidak lama kemudian datang kembali
dengan membawa minuman arak untuk dihidangkan pada Harut dan Marut
sambil berkata sekiranya kedua-duanya mahu meniduri dirinya, mereka
haruslah meminum arak yang dibawanya. Keduanya
lalu meminum arak tersebut, sampai keduanya mabuk, dimana kemudian,
kedua-duanya membunuh bayi tersebut dan juga meniduri wanita
tersebut.
Ketika
keduanya sedar dari mabuk, wanita tersebut berkata: “Kamu berdua
tidak mahu melakukan sesuatu yang aku tawarkan tadi, kecuali kini
kamu berdua telah melakukan semuanya ketika kamu mabuk”.
Lalu
dipilihkan untuk kedua malaikat tersebut antara siksa dunia dan siksa
akhirat. Harut dan Marut pun lebih memilih siksa dunia” (HR.
Ahmad).
Hadith
diatas, menurut para ulama, seperti Ibnu Katsir, satu-satunya hadith
yang marfu’ sampai kepada Rasulullah s.a.w tentang kisah Harut dan
Marut. Hanya sahaja, hadits diatas dinilai sebagai hadith dhaif oleh
para ulama hadith, kerana didalam sanadnya ada perawi bernama Musa
bin Jubair, yang oleh para ulama hadith seperti Imam al-Haitsami
dalam Majmauz Zawaid, Ibnu Katsir dan Ibnu Asyur dalam tafsirnya menilai sebagai perawi yang dhaif.
Dalam
mana, hadith dhaif bukanlah bermakna hadith palsu atau tertolak
(mardud), hanya terdapat dikalangannya seorang perawi yang dilihat
sebagai seorang yang lemah hafalan atau sering melakukan kesilapan
dalam penyampaian. Dimana juga telah disampaikan oleh jumhur ulama
terdahulu, hadits dhaif boleh dipakai dalam bab targhib atau bab yang
bukan berkaitan dengan aqidah. Seperti kisah-kisah Israel boleh
didengar dan disampaikan selama-mana ianya tidak bercanggah dengan
Islam dan tidak disabitkan dengan Rasulullah s.a.w sekiranya
Rasulullah s.a.w sendiri tidak bersabda sebegitu. Wallahuallam.
Manakala
akan tentang Nabi Sulaiman dituduh melakukan sihir adalah dinyatakan
bahawa semasa hidup Nabi Sulaiman, iaitu dimana kekerajaannya
meliputi insan dan jin, didapati beliau akan terdapat kalangan
syaitan yang melakukan sihir lalu segala berkenaan ilmu sihir
dihapuskan dengan ditanam dibawah istana beliau yang dikawal oleh
para pengawal yang perkasa. Namun setelah nabi Sulaiman wafat, para
syaitan membongkar simpanan ini dan menyebarkan kembali ilmu sihir
disamping menyatakan bahawa itu adalah dari ilmu-ilmu Nabi Sulaiman.
Tuduhan ini ditentang dengan penyataan ayat ini, iaitu: “Dan mereka
mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan
Sulaiman [dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan
sihir], padahal Sulaiman tidak kafir [tidak mengerjakan sihir], hanya
syaitan-syaitan itulah yang kafir [mengerjakan sihir].“
Bersambung...
No comments:
Post a Comment