Wednesday

Dunia jin - 7


Insan lazimnya menyakini bahawa segala kehidupan yang wujud adalah bergantung hanya kepada asbab-asbab materi yang diketahuinya atau yang berada dalam pencapaian pengetahuannya. Dari itu, segala kehidupannya dikaitkan semata-mata dengan asbab materi dan kemuncak dari itu, keyakinan dirinya hanya tertanam pada segala asbab materi. Segala yang dipercayai hanyalah dari apa yang dapat dicapai oleh panca-inderanya sedangkan panca-indera insan sendiri adalah begitu terbatas.

Hari ini, segala sesuatu yang tidak diketahui atau bukan dalam pencapaian pengetahuan insan tetapi dilihat akan fenomena kejadiannya, disebut paranormal. Kejadian paranormal-paranormal yang tidak dapat dinafikan sering terjadi didalam kehidupan insan, kekadang boleh mengundang kearah keburukan pada perasaan dan pemikiran insan sekiranya hanya berpandukan semata-mata dengan fakta-fakta ilmiah sains atau pencapaian pengetahuan insan keatas asbab materi dengan menafikan kewujudan alam ghaib.

Kesilapan yang amat besar hanya berpandukan semata-mata dengan fakta-fakta ilmiah sains atau pencapaian keatas asbab materi insan adalah kerana atas itu, terbinalah suatu keyakinaan yang salah iaitu dunia ini hanyalah apa yang dapat dicapai oleh panca-indera luaran insan yang mana ini boleh membawa insan menolak akan adanya dunia ghaib dan seterusnya menolak adanya Tuhan pencipta alam semesta mahupun menolak akan dunia insan yang sebenarnya terlalu naif serta terpencil dibandingkan dunia sebenar dari sekelian angkasa-raya mahupun dunia setelah insan meninggalkan alam fana ini.

Contohnya menolak kewujudan dunia jin itu sendiri adalah suatu perbuatan yang boleh membawa kepada kekufuran kerana perihal jin itu sendiri dijelaskan didalam Al Quran. Mahupun kitab-kitab terdahulu dan Rasulullah s.a.w sendiri menyebut tentangnya. Hanya-sanya wajarlah berhati-hati kerana terlalu mempercayainya tanpa berlandaskan apa yang disebut dalam Al-quran dan sunnah atau tanpa fikiran yang jelas mahupun sihat wajar juga membawa kearah khurafat, tahyul dan juga kearah kesyirikan kerana dunia jin adalah antara dunia yang ghaib buat insan.

Dunia jin yang mana ada kehidupan disitu, dari bangsa jin sendiri sehinggalah kepada binatang tunggangan, ternakan mahupun liarnya, hidup tanpa memerlukan asbab materi yang diketahui oleh insan seperti contohnya tulang yang sebelum dahulunya dimakan insan dengan disebut permulaannya “bismillah“ boleh menjadi berisi daging kembali dan dagingnya boleh dimakan oleh jin sedangkan mata insan melihatnya hanya sebagai tulang. Dunia jin tidak memerlukan asbab materi sebagaimana contohnya dalam dunia insan memerlukan bahan makanan mahupun oksigen yang disedut saban detik untuk kelangsungan kehidupan insan. Hatta untuk menyelam didalam lautan dalam mahupun menetap disitu atau untuk terbang diangkasa-raya dan berada didalam keadaan daerah tidak berudara adalah tiada masaalah buat bangsa jin kerana mereka tidak memerlukan udara untuk bernafas sebagaimana insan.

Dalam pada itu, sesejak zaman purba sehinggalah kehari ini, dunia insan telah menyaksikan bagaimana banyaknya kepercayaaan khurafat atas kejadian paranormal sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau kepada keadaan perbuatan yang jauh menyeleweng dari kebenaran. Seperti kepercayaan pada kuasa-kuasa ghaib contohnya gunung berapi, pohon tua yang merimbun, batu-batu, patung-patung dan lain-lain serta juga kewujudan hantu-hantu yang dikatakan dari roh-roh simati (sedangkan roh-roh simati adalah terkunci rapat dialam barzakh dengan keadaan samada dirahmati Allah atau diazab Allah, yang kekadang atas izin Allah, dapat berhubung dengan alam insan seperti melalui mimpi, contohnya seseorang insan bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w yang mana syaitan tidak mampu menyerupai Rasulullah s.a.w atau bermimpi melihat keadaan seseorang yang telah meninggal seperti melihat siarwah dalam keadaan yang baik).

Inilah keadaan dimana dua pandangan ekstrim atas kejahilan insan terjadi iaitu suatu pandangan hanya menyakini akan asbab materi yang diketahuinya atau hanya dalam pencapaian pengetahuan fiziknya manakala suatu pandangan lagi mempercayai berlebih-lebihan sehingga mengundang perasaan serta pemikiran insan dalam keadaan tahyul, khurafat, syirik dan lain-lain dari kejadian paranormal-paranormal yang berlaku dipersekitarannya. Kedua-dua pandangan ekstrim ini sebenarnya adalah merupakan salah satu kunci pintu bagi syaitan mengawal perasaan dan pemikiran insan kelembah menyeleweng yang dikehendakinya.

Menyatakan bahawa mereka yang memiliki teknologi atau mereka-mereka yang berjaya membina dunia hari ini dalam keadaan serba kemajuan dunia tidak mempercayai perkara-perkara tahyul atau khurafat adalah juga suatu kesilapan kerana ternyata majoriti darinya adalah dari mereka yang memiliki kepercayaan memuja patung-patung berhala dan segala macam perkara-perkara khurafat seperti yang didapati didalam kepercayaan masyarakat Jepun, Korea mahupun negara-negara Eropa dan lain-lainnya. Manakala disuatu sudut pula, pihak ini juga yang cuba menafikan sama sekali adanya kuasa luar dari insan lalu mempercayai sepenuhnya semata-mata pada pengetahuan ilmiahnya seperti mempercayai akan evolusi-evolusi insan yang berasal dari micro hidup didalam air, berkembang menjadi monyet sebelum mencapai rupa bentuk insan hari ini. Malah sering terjadi, kedua-dua pandangan yang salah ini, disatukan dalam diri insan.

Dalam dunia insan, ada banyaknya rahsia-rahsia yang tidak dapat dicapai oleh insan atau belum dicapai namun atas kekurangan pengetahuan atau belum mencapai ilmu tentang sesuatu tersebut, insan lazim sahaja menduga-duga atau pun sampai menyalahkan sepenuhnya pihak jin seperti bila seseorang tersebut mengalami histeria tetapi berpunca dari tekanan jiwa namun dikatakan dirasuk jin mahupun kes lain-lainnya.

Sedangkan, banyaknya kes-kes paranormal adalah berasal dari dunia insan. Contohnya telepati, suatu yang bukan boleh dicapai dengan alat-alat asbab materi tetapi berlaku. Telepati yang sering terjadi adalah antara siibu dengan anaknya iaitu siibu merasa tidak sedap atau hatinya kurang enak lantaran sesuatu yang berlaku terhadap anaknya seperti kemalangan dan lain-lain. Telepati ini terjadi kerana kaitan perasaan yang kuat antara siibu dan sianak. Atau “de ja vu“ iaitu seseorang bermimpi berada dalam sesuatu suasana dan suasana ini menjadi kenyataan disuatu masa hadapan.

Sebegitu juga dengan kes-kes paranormal yang lain lantaran insan sendiri yang kejadiannya antara malaikat dan haiwanat, belum difahami sendiri oleh insan. Hatta otak yang merupakan alat untuk insan berfikir, dikatakan, insan menggunakan buat kehidupannya tidak lebih dari 4 sehingga 8 peratus sedang baki keupayaannya, tidak pernah atau tidak dapat dicapai oleh insan. 

Yang pasti lagi jelas, insan dicipta oleh Allah Taala dengan segala kehidupan yang dihadapi untuk mengenal Penciptanya dan mendambakan diri pada Penciptanya serta sentiasa memohon perlindungan dari Penciptanya. Perkataan yang wajar diucapkan dengan pemahaman yang mendalam adalah, hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Bersambung...


No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai