Sunday

Dunia jin - 9



Dalam kehidupan insan, yang menjadi tunjak akan kewujudannya adalah kaitan dengan ruang, masa, tenaga serta materi. Sebegitu juga dengan kewujudan dunia jin. Tanpa element-element ini, maka tiadalah wujud sesuatu kehidupan dialam ini, hanya pertanyaannya, apakah yang dimaksudkan dengan ruang, masa, tenaga serta materi buat dunia jin.

Bila seseorang tersebut melihat jauh keangkasa lepas atau kesuatu sudut biliknya yang kosong dari segala perabot dan lain-lain, apa yang dilihatnya tentulah suatu kekosongan, namun apakah benar penglihatannya? Hari ini telah dibuktikan, apa yang dilihat sebagai sesuatu kekosongan seperti jauh keangkasa lepas atau sudut biliknya yang kosong sebenarnya dipenuhi oleh element-element yang tidak dapat dicapai oleh pandangan kasar seperti angkasa lepas dipenuhi oleh segala galaksi-galaksi mahupun sudut biliknya yang kosong dipenuhi oleh debu, udara, kuman-kuman dan lain-lain.

Buat dunia ilmiah insan iaitu ilmu pengetahuan insan dalam keadaan sedarnya buat kenyataan apakah alam yang diduduki insan, hukum fizik adalah suatu jalur untuk menyatakan atau menentukan apakah sesuatu tersebut. Hukum fizik adalah asas pengetahuan am berdasarkan pengamatan empiris (pengalaman). Seperti keputusan buat apakah sesuatu tersebut diatas kesimpulan yang diambil atau hipotesis adalah dari suatu pemerhatian berulang-ulang sehingga mencapai kata setuju samada melalui pengiraan, pengulangan uji-kaji dan lain-lain.

Contohnya akan daya tarikan dalam kehidupan insan seharian yang wujud namun tidak dilihat iaitu daya tarikan graviti. Dunia hari ini hanya mengenal Isaac Newton (1642-1727 AD) sebagai insan yang pertama memperkenalkannya dengan hukum-hukum gerakan Newtonnya. Sedangkan perkara ini telah lama dikaji oleh para ilmuan Islam seperti dalam hukum-hukum gerakan pertama, objek akan kekal dalam keadaan pegun atau bergerak dengan kelajuanya melainkan adanya pengaruh luaran, Ibnu Sina / Avicenna (980-1037 AD) dalam kitabnya, Isharat wa Tanbihat menyatakan, bila sesuatu objek tersebut tidak terkesan dengan pengaruh luarannya, maka ia akan kekal sebagaimana keadaannya. Dimana jelas ini adalah prinsip pertama hukum-hukum gerakan.

Dalam hukum-hukum gerakan kedua, kadar perubahan momentum bagi sesuatu objek adalah berkadar terus dengan daya yang bertindak keatasnya. Hebattullah bin Malaka (1087-1167 AD) dalam kitabnya, Al-Moatabar fil Hikma, bab ke-14 berjudul vakum, menerangkan dengan kekuatan kuasa, sesuatu objek bergerak laju dan mengambil waktu yang singkat dan sekiranya dipertingkatkan kekuatan kuasanya maka semakin laju dan semakin singkat waktu yang diambil, sebaliknya sekiranya kekuatan kuasanya tidak meningkat, maka kelajuannya juga tidak meningkat.

Manakala hukum gerakan ketiga, bagi setiap objek yang bertindak keatas sesuatu objek, objek akan mengenakan daya yang sama tetapi berlawanan arah. Newton dengan kiraan mathematiknya menghuraikan setiap tindakan ada tindak-balas yang mana bertentangan arah. Sedang Imam Fakhr El-Din Al-Razi (1150-1210 AD) dalam kitabnya, Al-Mabaheth Al-Mashrikayyah fi Illm Al-Illaheyyat wa Al-Tabi'yyat, menerangkan, dalam bulatan yang ada tarikan antara keduanya sehinggalah keduanya berhenti dipertengahan bermakna adanya daya yang dipamirkan dalam tindakan bertentangan antara satu sama lain.

Sebegitu juga dengan Ibnu Haitam / Alhazen (965-1040 AD) dalam kitabnya Al-Manathar menerangkan, objek yang bergerak terhalang oleh sesuatu penghalang dimana sekiranya daya penghalang ini berkekalan maka objek yang bergerak tersebut mengenakan daya yang berlawanan dengan penghalangnya bergantung sebanyak mana daya penghalangnya.

Berbalik pada suatu ruang yang dikatakan kosong pada sesuatu masa, sedang bukanlah bermakna ruang tersebut benar-benar kosong lantaran terbukti adanya daya graviti darinya. Yang mana jelas, apa yang difahami dengan penglihatan kasar bahawa sesuatu yang dikatakan kosong seperti ruang angkasa-raya atau ruang disuatu sudut bilik yang tiada perabut, bukanlah dalam kekosongan sebagaimana erti kata kosong.

Dalam itu, pada permulaan abad yang lepas, Albert Einstein (1879-1955 AD) menyatakan dalam general relavitinya bahawa graviti bukan dalam ruang dan masa tetapi graviti itu sendiri adalah ruang dan masa. Namun apakah benar sebegitu sebagaimana diajar dalam semua sekolah-sekolah diseluruh dunia? Sekiranya graviti itu sendiri adalah merupakan ruang dan masa, maka bagaimana mungkin adanya kewujudan dunia jin yang jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip daya tarikan graviti sebagaimana yang diketahui prinsipnya oleh ilmu ilmiah hari ini.

Daya tarikan graviti sebenarnya adalah merupakan suatu kompenen tenaga dimana bukannya graviti itu merupakan ruang dan masa. Cahaya bergerak dengan kelajuan yang tidak terkesan dengan daya graviti sedangkan cahaya adalah dalam ruang dan masa. Ini mungkin menjadi penjelasan ilmiah akan bagaimana jin Ifrit tiada bermasaalah langsung untuk mengerakkan kerusi Balqis dari Yemen keJerusalam dengan kelajuan cahaya yang berada lebih kurang 2000km jauh jaraknya, sebelum Nabi Sulaiman sempat bangun dari kerusinya. Sedang untuk bagaimana seorang insan bernama Asif bin Bakhiya yang dapat mengerakkan kerusi Balqis jauh lebih pantas dari jin Ifrit iaitu sebelum mata Nabi Sulaiman berkelip adalah sesuatu yang tidak dapat dihuraikan lansung oleh ilmu ilmiah insan. Ini kerana untuk mengerakkan sesuatu dan untuk sampai pada sesuatu destinasi, tenaga kelajuan yang menentukan masanya tetapi untuk sesuatu yang bergerak dan sampai pada destinasinya sebelum detik pengiraan masa insan bermula, adalah sesuatu yang jelas semestinya jauh lebih pantas dari kelajuan cahaya.

Sebagaimana Einstein menyatakan, tiada kelajuan yang dapat menandingi kelajuan cahaya namun pada akhir tahun 2011, uji-kaji telah diadakan diSwitzerland yang menunjukkan bahawa neutrino memiliki kelajuan yang lebih pantas dari kelajuan cahaya dan biarpun diadakan sebanyak 15000 kali ulang kaji untuk memastikannya tetap didapati keputusan yang sama. Namun uji-kaji ini mendapat tentangan kerana ia adalah suatu fenomena yang merubah segala kefahaman ilmiah insan hari ini. Apa-apa pun, kefahaman ilmiah insan bukanlah segalanya dalam dunia ini kerana insan itu sendiri hidup dalam ruang, masa, tenaga dan materi yang terhad.



No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai