Saturday

Tetamu depan pintu - 1

Seperti hari-hari yang lepas sepanjang pengembaraan mereka dibumi asing, yang mana telah lebih dari sebulan tempoh lamanya mereka mengembara dari satu tempat kesatu tempat, selepas Solat Asar, diadakan program menziarahi orang-orang tempatan yang tinggal berhampiran dengan masjid-masjid yang mereka singgahi. 

Dan hari ini, salah seorang dari ahli masjid tempatan, membawa mereka menziarahi rumah-rumah yang terletak disebelah kiri masjid. Jadi mereka pun mulalah bergerak dari satu rumah kesatu rumah, dan dengan kata-kata yang amat bersopan dan berhikmah, mereka mengajak setiap lelaki yang mereka temui untuk datang menghadiri majlis agama yang akan diadakan dimasjid, selepas solat Maghrib.

Masuk rumah yang kelima, mereka pun mula menekan loceng rumah, (Sunnah memberi salam tiga kali, tetapi biasanya rumah-rumah modern, berloceng, kerana suara, biasanya tidak kedengaran dari dalam), "Tring", namun tiada siapa yang membukanya. 


Setelah menunggu beberapa ketika, mereka menekan untuk kali kedua, "Treng", dan menunggu untuk seketika, dan untuk kali ketiga, "Treng", lalu bercadang untuk berlalu kerumah seterusnya. Tiba-tiba, pintu terbuka dan keluar seorang pemuda yang nampak begitu kusut serta bermasalah, menyapa mereka, "Ya, Encik semua hendak berjumpa siapa?", tanya pemuda tersebut. 

Salah seorang dari mereka pun terus memberi salam dan serta memperkenalkan jemaah semua. Lalu ia memberitahu akan bertuahnya dapat berjumpa saudara seagama yang mana sesiapa sahaja yang ada kalimah Lailahaillallah didalam hatinya, sesungguhnya ia amat berharga. Kerana kalimah ini, jika diletak disebelah satu dacing manakala disebelah dacing yang lain, diletakkan seluruh dunia dan isinya, kalimah ini lagi berat timbangannya. Kemudian dengan kata-kata hikmah, mereka mengajak pemuda tersebut menyertai mereka kemasjid. 


Pemuda itu pun bersetuju, mengambil jaketnya dan melangkah bersama mereka kemasjid. Sampai dimasjid, pemuda tersebut mengambil wuduk kemudian bersolat berjemaah Maghrib bersama mereka dan selepas solat, dia mengambil tempat duduk yang agak belakang untuk mengikuti program agama yang diadakan.


Setelah selesai bersolat Isyak bersama mereka, pemuda itu pun meminta diri dan dalam pada itu, dia menjemput mereka datang kerumahnya untuk makan tengah-hari. Kerana tidak mahu melukakan hatinya, mereka pun setuju menyahut jemputan pemuda tersebut.

Keesok harinya, setelah selesai makan tengah-hari, pemuda tersebut pun mula bercerita bahawa sebenarnya dia begitu bermasaalah dalam hidupnya. Jiwanya begitu tertekan, hidupnya tidak tentu arah, tambahan pula, setiap hari, dia bertengkar dengan isterinya.

  
Dan kebetulan semalam, semasa mereka menekan loceng yang pertama, pemuda tersebut memberitahu, dia sebenarnya berada diatas kerusi bersama tali yang tergantung disyiling rumah, yang mana melilit lehernya. Dia begitu bertekad untuk membunuh dirinya. 

Jadi, bilamana dia terdengar loceng yang pertama, dia menyangka itu isterinya, sebegitu juga untuk loceng yang kedua. Tetapi untuk yang kali ketiga, tiba-tiba fikirannya berubah lalu membuka tali yang melilit lehernya, turun dari kerusi dan bergegas membuka pintu....


- Begitulah perlunya usaha lagi dan lagi menjemput atau mengajak semua kepada jalan kebenaran, dan kita hanya berusaha dengan ikhlas, manakala Allah yang membuat keputusan. Sesungguhnya hidayat adalah dari Allah semata-mata, dalam mana alangkah bertuah mereka yang Allah jadikan mereka sebagai asbab hidayat dan asbab menyelamatkan insan-insan lain dari kehancuran serta kekecewaan hidup didunia dan diakhirat.

5 comments:

ad6 said...

Subhanallah.. hebatnya usaha ziarah!

kinakona said...

salam..saudara bole tk make a copy & paste utk entry ni?

zarch said...

.ad6, ya begitulah kesan usaha ziarah yang tanpa kita disedari, mampu menyelamatkan insan lain serta diri mereka yang melakukan ziarah.

.sitti nursakinah, silakan, kalau ada kesilapan tulisan dll, tolong betulkan ok. Usaha agama ni seperti azan yang diulang-ulang dan dicopy & pastekan dari zaman nabi.

seorangnenektua said...

dalam hati ada perasaan 'jangan lah terlambat'

zarch said...

Benar Nenek, fitrah sebenarnya hati insan cenderong kepada kebaikan serta perkara yang hak tetapi nafsu amara-bisu dan syaitan sentiasa cuba mengelapkannya sehingga tidak nampak mana yang benar dan mana yang salah.

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai