Friday
Allah wujud tanpa tempat - 1
Allah Taala mencipta segala-galanya dan Allah Taala tidak berhajat kepada ciptaannya sedangkan semuanya berhajat kepada Allah Taala. Segalanya dari 7 petala langit hingga 7 petala bumi serta juga apa-apa yang ada diantara keduanya termasuk ruang waktu dan tempat diciptakan oleh Allah Taala. Dan tiada sesuatu apa pun yang menyerupai Allah Taala.
ليس كمثله شىء
“Tiada suatupun yang sama seperti-Nya” [Surah al-Shura, ayat 11]
Imam al-Qurtubi rah. berkata ketika mentafsir ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi:
وقد قال بعض العلماء المحققين: التوحيد إثبات ذات غير مُشْبِهَة للذوات ولا مُعَطَّلة من الصفات وزاد الواسطي رحمه الله بيانًا فقال: ليس كذاته ذات ولا كاسمه اسم ولا كفعله فعل و لا كصفته صفة إلا من جهة موافقة اللفظ... وهذا كله مذهب أهل الحق والسنة والجماعة رضي الله عنهم
“Dan sesungguhnya sebahagian ulama muhaqqiqin telah berkata: “Tauhid itu ialah penetapan suatu zat yang tidak menyerupai zat-zat yang lain dan tidak menafikan sifat-sifat, al-Wasiti menambah suatu penjelasan dengan berkata: “Tiada suatu zat pun seperti zat-Nya, tiada suatu perbuatan pun seperti perbuatan-Nya dan tiada suatu sifat pun seperti sifat-Nya melainkan dari segi persamaan lafaz… Dan ini semuanya ialah mazhab Ahlul-Haqq was-Sunnah wal-Jamaah radiyallahuanhum”. (Intaha)
Rasulullah s.a.w bersabda:
كان الله ولم يكن شيءٌ غيره
Mafhumnya:
“Allah ada azali dan selain-Nya tiada pun”. (Bukhari dan al-Bayhaqi)
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rah. didalam kitabnya Fathul-Bari menghuraikan hadis tersebut sebagai:
والمراد بكان في الأول الأزلية وفي الثاني الحدوث بعد العدم
“Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”. Intaha.
Dengan itu, sesungguhnya Allah Taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada sesuatu apa pun yang bersama keazalian-Nya. Tiada sesuatu seperti tiada air, tiada udara, tiada bumi, tiada langit, tiada Kursi, tiada Arasy, tiada manusia, tiada jin, tiada malaikat, tiada tempat dan tiada suatu masa pun bersama keazalian-Nya. Dengan itu, Allah Taala wujud sebelum kewujudan tempat dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat langsung kepada ciptaan-Nya.
Rasulullah s.a.w bersabda:
اللهمّ أنت الأول فليس قبلك شيء, وأنت الاخر فليس بعدك شيء, وأنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء
Mafhumnya:
“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatu pun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatu pun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatu pun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatu pun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
Al-Hafiz Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi rah. berkata dalam kitabnya al-Asma' wa al-Sifat]:
استدل بعض أصحابنا بنفي المكان عن الله تعالى بقول النبي: ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)) وإذا لم يك فوقه شيء ولا دونه شيء لم يكن في مكان
"Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat buat Allah Taala sebagaimana sabdaan Nabi: (أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء) Dan jika tiada suatu pun di atas-Nya dan tiada suatu pun di bawah-Nya maka Allah tidak berada disuatu tempat pun". Intaha.
Jelasnya bahawa para-para ulama dari keempat-empat mahzab iaitu para-para ahli hadis, ahli fiqh, ahli usul dan seterusnya dari mahzab Hanafiyah, Malikiah, Syafiyah dan Hambaliah (kecuali tokoh selepas itu yang memegang aqidah tajsim) berpegang dengan aqidah yang menyucikan Allah dari tempat.
Imam Abu Mansur Abdul-Qahir ibn Tahir al-Baghdadi rah. dalam kitabnya al-Farq baynal-Firaq menukilan ijmak Ahlus-Sunnah diatas aqidah yang mensucikan Allah Taala dari tempat :
وأجمعوا – أي أهل السنة والجماعة – على أنه – أي الله – لا يحويه مكان ولا يجوي عليه زمان
“Dan mereka – iaitu Ahlus-Sunnah wal-Jamaah – berijmak bahawa Dia – iaitu Allah – tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak dilalui keatas-Nya oleh suatu masa”. Intaha.
Al-Shaykh Imamul-Haramayn Abul-Maali Abdul-Malik ibn AbduLlah al-Juwayni al-Shafii al-Ashari rah. juga menjelaskan ijmak tersebut dalam kitabnya al-Irshad:
ومذهب أهل الحقّ قاطبة أنّ الله سبحانه وتعالى يتعالى عن التحيّز والتخصص بالجهات
“Dan mazhab Ahlul-Haqq bersepakat bahawa Allah Subhanahu wa-Taala disucikan dari sifat mengambil lapang atau ruang dan disucikan dari sifat pengkhususan dengan arah”. (Intaha)
Bersambung...
Labels:
Akidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
open source - sumber terbuka
Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "
Coretan lalu
-
▼
2010
(56)
-
▼
July
(12)
- Allah wujud tanpa tempat - 10
- Allah wujud tanpa tempat - 9
- Allah wujud tanpa tempat - 8
- Allah wujud tanpa tempat - 7
- Allah wujud tanpa tempat - 6
- Allah wujud tanpa tempat - 5
- Allah wujud tanpa tempat - 4
- Allah wujud tanpa tempat - 3
- Allah wujud tanpa tempat - 2
- Allah wujud tanpa tempat - 1
- Kuarantinkan diri - 2
- Kuarantinkan diri - 1
-
▼
July
(12)
Tajuk
Akidah
(13)
Al-Fatihah
(2)
Alam
(1)
ASWJ
(3)
Bab Eid
(2)
bayan
(6)
BERITA
(5)
beware fitnah
(1)
book
(1)
Burzuk
(5)
cerpen
(7)
Dakwah dan doa
(2)
dars
(1)
Differences
(1)
Doa
(1)
fatwa
(2)
Fazail amal
(1)
Fazail Hajj
(2)
fikir
(4)
fikir/zikir
(1)
fiqh
(6)
fitnah
(1)
Gurauan
(3)
Hijrah
(4)
hilal
(1)
ibadat
(15)
Ikhtilat
(1)
ilham
(1)
Ilmu
(1)
imam
(1)
Imam Mazhab
(9)
Islam
(1)
Israk
(7)
janggut
(1)
Jesus was a Muslim
(1)
Jihadun nafs
(4)
Jinn
(10)
Jord
(1)
kalam
(1)
Karamah
(1)
KIblat
(1)
kisah Auliya
(3)
kisah-kisah
(4)
konflik
(4)
Kuarantin
(2)
makna bidaah dholalah
(1)
malfoozaat
(3)
Mawlid
(2)
mazhab
(5)
minda
(1)
nasihat
(2)
pemahaman
(6)
penolakan terhadap anti-hadith
(1)
penyakit
(1)
Prophet Muhamad s.a.w
(1)
puasa
(1)
Quran
(3)
Ramadan
(4)
sahaba
(2)
salam
(1)
salawat
(1)
shalat
(4)
sholat
(4)
Syair
(1)
Syurga-neraka
(1)
Tabligh
(1)
Tafsir
(6)
tiada Tuhan melainkan Allah
(1)
travel
(1)
Ummatan wahidah
(1)
Zakat-ul-Fitr
(2)
zikir
(7)
paut-paut
- Al-Alorstari blog
- Alexanderwathern blog
- Aqidahtul Tanzih blog
- Azhar Jaafar blog
- Bahrus Shofa blog
- Bentara blog
- Blog karkun
- chill-garage blog
- Dakwah-ilallah blog
- Dalamdakwah wordpress
- Fakir-fikir blog
- Fikir alami blog
- Hainur83 blog
- Ibnu Zain blog
- Iman-amal solehan wordpress
- Ismadi Yusuf blog
- Jom faham blog
- Khidmat Wala blog
- Kopiahhensem blog
- Kuffiyah blog
- Muhajier718 blog
- Musa Kola Kedah blog
- Pena maya blog
- Pengutip Mutiara
- Speedweb ad6 blog
- Sufiafriqiyya blog
- Umma-ali blog
- Ust Alimy Zaidi
- Ust Gunawan Aziz
- zar4art blog
- ziarah76 blog
Bayan
Search in the Hadith |
www.SearchTruth.com |
Waktu sholat
English to Arabic to English Dictionary |
|
www.SearchTruth.com |
No comments:
Post a Comment