Wednesday

Allah wujud tanpa tempat - 9



Terdapat pihak (contohnya golongan Mutazila) memperkatakan perkataan Allah disetiap tempat dan ini disanggah oleh para ulama al-Asy'ariyah sebagaimana mereka juga menyanggah Allah bertempat dilangit.

Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani al-Shafii al-Ashari rah. (w. 852 H) dalam kitabnya Fathul-Bari:

وقد نزع به بعض المعتزلة القائلين بأن الله في كل مكان وهو جهل واضح وفيه – أي في حديث: (إن أحدكم إذا قام في صلاته فإنه يناجي ربّه إن ربّه بينه وبين القبلة) – الردّ على من زعم أنه على العرش بذاته

Maksudnya: “Dan sesungguhnya ini dipertikai oleh sebahagian golongan al-Mutazilah yang berkata bahawa Allah itu disetiap tempat, sedangkan ini suatu kejahilan yang nyata. Dan dalamnya – iaitu dalam hadis (إن أحدكم إذا قام في صلاته فإنه يناجي ربّه إن ربّه بينه وبين القبلة) – ada sanggahan ke atas sesiapa yang menganggap bahawa Dia diatas Arasy dengan zatNya”. (Intaha)

Al-Shaykh Abdul-Wahhab ibn Ahmad al-Sharani berkata dalam kitabnya al-Yawaqit wal-Jawahir:

لا يجوز أن يقال إنه تعالى في كل مكان كما تقول المعتزلة والقدرية

Maksudnya: “Tidak boleh dikatakan bahawa Dia (Allah) Taala itu di setiap tempat seperti yang dikatakan oleh golongan al-Mutazilah dan al-Qadariyyah”. (Intaha)

Ibn Kathir rah. (w. 774 H) berkata dalam kitab Tafsirnya:

اتفق المفسرون على إنكار قول الجهمية الأول القائل تعالى عن قولهم علوًّا كبيرًا بأنه في كل مكان

Maksudnya: “Ulama tafsir bersepakat bagi menginkari pendapat al-Jahmiyyah golongan pertama yang berkata bahawa Allah itu di setiap tempat (Allah maha suci dari pendapat mereka ini)”. (Intaha)

Al-Imam al-Hafiz Abu Bakr al-Bayhaqi al-Shafii al-Ashari rah. (w. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Itiqad wal-Hidayah ila Sabilir-Rashad:

وفيما كتبنا من الآيات دلالة على إبطال قول من زعم من الجهمية أن الله سبحانه وتعالى بذاته في كل مكان وقوله عز وجل: ((وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ)) إنما أراد به بعلمه لا بذاته

Maksudnya: “Dan dalam ayat-ayat yang telah kami tulis itu ada suatu pendalilan bagi membatalkan pendapat daripada sangkaan golongan al-Jahmiyyah bahawa Allah Subhanahu wa-Taala itu berada di setiap tempat dengan zatNya. Dan firman Allah azza wa-jall: وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ sebenarnya bermaksud dengan ilmu-Nya bukannya dengan zat-Nya”. (Intaha)

Hujjatul-Islam Abu Hamid al-Ghazali al-Shafii al-Ashaari rah. (w. 505 H) berkata bagi menyanggah Jahm ibn Safwan yang merupakan salah seorang daripada pemuka-pemuka ahli bidaah dalam kitabnya al-Arbain fi Usulid-Din:

ولا ترتبك في مواقع غلطه فمنه غلط من قال: إنه في كل مكان. وكل من نسبه إلى مكان أو جهة فقد زلّ فضلّ ورجع غاية نظره إلى التصرف في محسوسات البهائم ولم يجاوز الأجسام وعلائقها

Maksudnya: “Dan jangan anda meragukan diri anda tentang beberapa tempat kesalahannya. Antaranya ialah kesalahan orang yang berkata bahawa Dia (Allah) itu disetiap tempat. Dan setiap orang yang menisbahkan-Nya kepada suatu tempat atau suatu arah maka dia telah menyeleweng dan sesat, dan kemuncak pandangannya merujuk kepada beralih dalam perkara yang dirasai oleh binatang, sedangkan Allah tidak ada kaitan dengan segala jisim dan perkara yang ada kaitan dengan jisim dan perkara-perkara yang berkaitan dengan jisim..” (Intaha)

Al-Mutakallim Ibn Furak al-Ashari rah. (w. 407 H) berkata dalam kitabnya Mushkilul-Hadith:

اعلم أن الثلجي كان يذهب مذهب النجار في القول بأن الله في كل مكان وهو مذهب المعتزلة وهذا التأويل عندنا منكر من أجل أنه لا يجوز أن يقال إن الله تعالى في مكان أو في كل مكان

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa al-Thalji pernah berpegang dengan mazhab al-Najjar dalam pendapat bahawa Allah itu disetiap tempat, sedangkan ini juga mazhab al-Mutazilah. Takwil ini di sisi kami adalah suatu kemunkaran dari kerana tidak boleh dikatakan bahawa Allah Taala itu berada di suatu tempat atau disetiap tempat”. (Intaha.)

Al-Mutakallim Ibn Furak berkata lagi:

فمتى ما رجعوا في معنى إطلاق ذلك إلى العلم والتدبير كان معناهم صحيحًا واللفظ ممنوعًا ألا ترى أنه لا يسوغ أن يقال إن الله تعالى مجاور لكل مكان أو مماس له أو حال أو متمكن فيه على معنى أنه عالم بذلك مدبرٌ له

Maksudnya: “Maka apabila mereka merujuk makna ungkapan itu kepada ilmu dan tadbir maka makna mereka itu sahih dan lafaz pula dilarang. Bukankah anda melihat bahawa tidak boleh mengungkap untuk berkata bahawa Allah Taala itu bersebelahan disetiap tempat, atau bersentuhan dengan setiap tempat, atau meresap di setiap tempat, atau bertempat disetiap tempat dengan makna bahawa Dia mengetahui dan mentadbir setiap tempat?”. (Intaha)

Bersambung...

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai