Thursday

Allah wujud tanpa tempat - 10


Akidah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah adalah akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, iaitu akidah jumhur ulama umat Islam dan merekalah yang menentang kekacauan akidah oleh golongan zindiq, Mujassim, Mutazilah dan sebagainya dalam mana Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w sepanjang waktu dalam sejarah Islam. Mana-mana yang mengkafirkan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah atau menghukum fasiq terhadap Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah maka sesungguhnya akidah pihak tersebut dalam bahaya.

Mazhab Ahli Sunnah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah adalah merupakan mazhab yang jelas dalam semua bab-bab ilmu Tauhid. Kitab Ittihaf Sadat al-Muttaqin oleh Imam al-Zabidi (syarh Ihya ‘Ulumuddin karangan Imam Ghazali).

Akidah yang benar disisi Islam iaitu Aqidah Al-Asyairah adalah Allah Ta’ala tidak dilingkungi oleh tempat dan Dia tidak ditetapkan dengan zaman kerana tempat dan zaman adalah makhluk yang mana Allah maha suci daripada meliputi apa sahaja makhlukNya, bahkan Dialah Pencipta setiap sesuatu dan Dia mengetahui akan setiap sesuatu, demikianlah akidah yang telah disepakati oleh umat Islam dan para-para ulama Islam telah menyatakan : “ Allah telah sedia wujud tanpa bertempat dan Dia sediakala sebelum mencipta tempat dan tidak berubah sama sekali ”.

Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy'ary rah. dalam kitabnya berjudul An-Nawadir: " Barangsiapa yang mempercayai Allah itu jisim maka dia tidak mengenali Tuhannya dan sesungguhnya dia mengkufuri Allah".

Imam Abu Hasan Al-Asya’ary menyatakan : ” Istiwa Allah bukan bersentuhan, bukan menetap, bukan mengambil tempat, bukan meliputi Arasy, bukan bertukar-tukar tempat, bukanlah Allah diangkat oleh Arasy bahkan arasy dan malaikat pemikul arasylah yang diangkat oleh Allah dengan kekuasaanNya, dan mereka dikuasai oleh Allah dengan keagunganNya “.Inilah catatan sebenarnya dalam kitab Al-Ibanah.

Namun terdapat kitab Al-Ibanah cetakan golongan Mujassim yang menokok-nambah dan melakukan pendustaan kepada Imam Abu Hasan Al-Asya’ary dan ini wajar diwaspadai. Malah kitab-kitab lain seperti contohnya Diwan Syafie mahupun Riyadlus-Sholihin kitab Imam Nawawi juga diubah-ubahkan atau ditokok-tambah dalam cetakan golongan yang tidak bertanggung-jawab ini.

Al-Hafiz Ibnu ‘Asakir rah. berkata dalam kitab beliau berjudul Tabyil Kazib Al-Muftary Fima Nusiba Ila Al-Imam Abi Al-Hasan Al-Asy’ary ( Kenyataan Terhadap Pendustaan Penipu Kepada Apa Yang Disandarkan Kepada Imam Abu Hasan Al-Asy’ary) katanya: “ Semoga Allah memberi taufik kepadaku dan kepadamu dan mengolongkan dalam golongan orang bertaqwa, ketahuilah bahawa-sanya daging ulama yang diracun (difitnah) dan Allah akan membalasnya, barangsiapa menyandarkan keatas ulama Islam pendustaan maka Allah akan menimpakan kepadanya bala yang besar ketika dia mati dengan mematikan hatinya”.

Imam Ahmad Bin Hambal rah.: " Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian" . Dan ini merupakan kaedah yang telah disepakati disisi seluruh ulama Islam.

Imam Abu Hanifah rah. menyatakan dalam kitabnya Fiqhul Absat: " Allah ta'ala telah sedia ada tanpa tempat, Allah telah sedia wujud sebelum mencipta makhluk, dimana sesuatu tempat itu pun belum wujud lagi, makhluk belum ada lagi sesuatu benda pun belum ada lagi, dan Allah lah yang mencipta setiap sesuatu.

Dinyatakan dengan sanad yang sahih oleh Imam Baihaqi dari Abdullah bin Wahb berkata:
" Ketika kami bersama dengan Imam Malik, datang seseorang lelaki lantas bertanya: 'Wahai Abu Abdillah Imam Malik! 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' bagaimana bentuk istiwa Allah? maka Imam Malik kelihatan merah mukanya kemudian beliau mengangkat wajahnya lantas berkata: 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' ianya sepertimana yang telah disifatkanNya dan tidak boleh ditanya bentukNya kerana bentuk itu bagi Allah adalah tertolak dan aku tidak dapati engkau melainkan seorang pembuat bid'ah! maka keluarkan dia dari sini". Manakala riwayat yang berbunyi "dan bentuk bagi Allah itu adalah dijahili", ianya riwayat yang tidak sahih.

Imam Syafie rah. telah berkata: " Barangsiapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi.

Berkata juga Imam Ahmad bin Hambal rah. : " Barangsiapa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir". Diriwayat oleh Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif Al-Masami'.

Imam Ja’far As-Sodiq rah. berkata: “ Barangsiapa menganggap Allah itu dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau atas sesuatu benda maka dia telah syirik (kafir) kerana sekiranya Allah didalam sesuatu maka Dia mempunyai ukuran, sekiranya dikatakan Allah atas sesuatu benda maka Dia dipikul dan sekiranya Dia daripada sesuatu maka Dia makhluk”.

Justeru itu apabila disebutkan golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah atau pun pegangan Salaf dan Kalaf, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan faham Imam Abu Hasan Al-Asy’ari dan faham Abu Mansur al-Maturidi.

Dr Sa’ed Ramadhan al Buty dalam khutbahnya yang dipaparkan di laman web beliau yang bertajuk “al Asya’irah wa al Maturidiyyah” berkata:

“Siapakah Asya’irah dan Maturidiyyah? Mereka adalah lisan yang menterjemahkan “Aqidah sawad al a’zam” (majoriti Ulama’) dan Rasulullah s.a.w memerintahkan umatnya agar berpegang dengan pegangan majoriti”.

Dr Saed Ramadhan al Buty memberi penjelasan yang dimaksudkan di dalam hadith Rasulullah s.a w sebagai “sawad l a’zam” (mejoriti Ulama’) adalah “Asya’irah dan Maturudiyyah”. Beliau juga menekankan betapa dharurahnya kita berpegang dengan “sawad al a’azam” berdasarkan perintah Rasulullah s.a.w yang menyebutkan “’alaikum bi al sawad al a’azam” yang bermaksud: “Hendaklah kamu berpegang dengan amalan yang berpaksikan majoriti ulama’.”




- Semoga Allah membimbing umat semua Islam dan segala melindungi dari segala fitnah perpecahan.

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai