Sunday

Kuarantinkan diri - 2




عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَتَخَوَّفُ عَلَى أُمَّتِي الْهَوَى وَطُولُ الْأَمَلِ فَأَمَّا الْهَوَى فَيَصُدُّ عَنِ الْحَقِّ وَأَمَّا طُولُ الْأَمَلِ فَيُنْسِي الْآخِرَةَ وَهَذِهِ الدُّنْيَا مُرْتَحِلَةٌ ذَاهِبَةٌ وَهَذِهِ الْآخِرَةُ مُرْتَحِلَةٌ قَادِمَةٌ وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا بَنُونَ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لَا تَكُونُوا مِنْ بَنِي الدُّنْيَا فَافْعَلُوا فَإِنَّكُمْ الْيَوْمَ فِي دَارِ الْعَمَلِ وَلَا حِسَابَ وَأَنْتُمْ غَدًا فِي دَارِ الْآخِرَةِ وَلَا عَمَلَ‏.‏ (البيهقي)

Dari Jabir r.a., Rasulullah s.a.w, bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku bimbangkan terhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang cita-cita, kerana hawa nafsu itu menghalang daripada menerima kebenaran dan panjang cita-cita pula melengahkan amalan akhirat. Dan ingatlah dunia ini pada setiap saatnya berjalan pergi, dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang sedang tiap-tiap satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya. Oleh itu kalau kamu dapat menahan diri daripada menjadi orang-orang yang kasih dan setia kepada dunia maka buatlah, kerana kamu pada hari ini berada di kampung yang ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab dan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tidak ada peluang bagi sebarang amal." (Al-Baihaqi)

Hadis ini jelas menyatakan bahawa hawa nafsulah yang merupakan perkara menghalang seseorang itu daripada menerima serta mengikut kebenaran yang merupakan asbab bagi mencapai keselamatan didunia dan akhirat manakala panjang cita-cita pula menyebabkan seseorang tersebut mencuaikan perkara atau soal-soal akhirat yang semestinya diutamakan.

Hakikat bahawa-sanya dunia ini sentiasa berjalan pergi, sedang akhirat itu sentiasa berjalan datang yang mana kehidupan ini, semakin hari semakin dengannya ajal bagi yang tiap-tiap yang bernyawa dan kerana itu janganlah diutamakan dunia yang sedang berjalan pergi bahkan hendaklah sungguh-sungguh berusaha mengerjakan amal solehan kerana dunia ini dijadikan Allah Taala untuk insan mengambil dan mempersiapkan bekalan buat akhirat, iaitu merupakan tempat yang tiada peluang pada bagi seseorang insan beramal tetapi ada padanya hisab dan balasan.

Kerana itu juga, setiap orang Islam atau mukmin/mukminat harus memahami bahawa dunia ini sebenarnya adalah penjara sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

الدني سجت المؤمن و جنة الكافر

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir.” (Muslim).

Makna penjara sebagaimana lazimnya difahami adalah tempat dimana segalanya terhad untuk keinginan memenuhi segala hajat dan segala aktiviti harian terutama berkenaan aktiviti lahiriah adalah terbatas. Yang masih bebas atau terbuka dilakukan adalah aktiviti rohaniah seperti contohnya menumpukan hati dan fikiran pada Allah Taala dengan membaca Al-Quran, beribadat dan yang paling mudah dilakukan dimana-mana dan disetiap waktu adalah berzikir, mengingati Allah Taala.

Penjara juga bermakna terkuarantinnya diri sebagaimana virus yang jika tidak dikuarantinkan, maka tersebarlah wabak-wabak penyakit yang dibawa oleh virus tersebut. Insan, yang merupakan semulia-mulia mahluk tetapi bila tidak menuruti jalan hidup yang diperintahkan oleh Allah Taala sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, maka jadilah insan tersebut sebagai virus-virus yang bukan sahaja merosakan diri sendiri tetapi kehidupan lain mahupun keseluruhan alam.

Melalui sejarah silam mahupun dari perkara-perkara yang masih terjadi dihari ini, telah disaksikan begitu banyak keburukan serta kerosakan yang telah dizahirkan oleh insan samada dari fikirannya mahupun perbuatannya disamping telah begitu banyak kemusnahan demi kemusnahan yang dilakukan olen insan namun saban waktu insan tetap mengulangi kesilapannya. Dari masa ke semasa, insan tetap mengulangi kesilapan demi kesilapan biar pun telah disaksikan kehancuran natijah perbuatan yang dilakukan oleh generasi terdahulu.

Atas itu, insan wajarlah mengkuarantinkan dirinya dalam suasana solehan, suasana yang sentiasa mengajak kepada kebaikan serta berbuat kebaikan, mengajak kepada jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan untuk itu perlunya usaha serta pengorbanan lagi dan lagi dari sudut diri, harta-benda mahupun waktu buat mewujudkan suasana-suasana solehan sebegini dan dimana-mana sahaja diseluruh pelusuk dunia.

No comments:

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai