Monday

Allah wujud tanpa tempat - 8


Terdapat pihak-pihak (contohnya golongan zahiriyyah yang terlalu berpegang dengan makna literal) menggunakan hadits an-Nuzul dan juga hadits al-Jariyyah untuk jadikan dalil bahawa adanya arah bagi Allah, iaitu arah atas namun pendapat ini telah lama disanggah oleh ulama-ulama haq sebagaimana kata-kata Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rah. dalam pengertian makna sebenar akan hadits ini:

“Hadits ini (an-Nuzul) dijadikan dalil oleh mereka yang menetapkan adanya arah bagi Allah, iaitu arah atas. Namun demikian keyakinan majoriti (ASWJ) mengingkari hal itu. Kerana menetapkan arah bagiNya sama saja dengan menetapkan tempat bagiNya. Dan Allah maha suci dari semua itu” (fath al-Bari, j. 3, h. 30).

“Keyakinan para Imam salaf dan ulama Ahlussunnah dari Khalaf adalah bahawa Allah maha suci dari gerak, berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, menyatu dengan sesuatu. Dia tidak menyerupai segala apapun” (Fath al-Bari, j. 7, h. 124).

“Bahawa arah atas dan arah bawah adalah sesuatu yang mustahil bagi Allah, hal ini bukan bererti harus menafikan salah satu sifat-Nya, iaitu sifat al-‘Uluww. Kerana pengertiannya adalah dari segi maknawi bukan dari segi indrawi. (Dengan demikian makna al-‘Uluww adalah Yang maha tinggi derajat dan keagunganNya, bukan dalam pengertian berada diarah atas). Kerana mustahil pengertian al-‘Uluww ini secara indrawi. Inilah pengertian dari beberapa sifatNya; al-‘Aali, al-‘Alyy dan al-Muta’li. Ini semua bukan dalam pengertian arah dan tempat, namun demikian Dia mengetahui segala sesuatu” (Fath al-Bari, j. 6, h. 136).

Hadits an-Nuzul ini adalah seperti hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

يَنْـزِلُ رَبّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيلَةٍ إلَى السّمَاءِ الدّنْيَا حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ اللّيلِ الآخِر يَقُوْل: مَنْ يَدْعُونِي فَأسْتَجِيْب لهُ وَمَن يَسْألنِي فأعْطِيه وَمنْ يَسْتَغْفِرني فأغْفِر لهُ (رواه البخاري)

“Allah tabaraka wa ta’ala akan turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir. Maka Ia berkata: “Barangsiapa siapa yang berdo’a kepada-Ku akan Aku kabulkan doanya; barangsiapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku beri permintaanya; dan barangsiapa yang meminta ampun kepada-Ku, akan Aku ampuni dia”. (HR. Bukhari Muslim)

Hadits an-Nuzul ini tidak boleh difahami dalam makna zahirnya, kerana makna zahirnya adalah turun dari arah atas kearah bawah, ertinya bergerak dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, dan itu mustahil pada hak Allah. Imam an-Nawawi dalam kitab Syarh Shahih Muslim dalam menjelaskan:

“Hadits ini termasuk hadits-hadits tentang sifat Allah. Dalam memahaminya terdapat dua pendapat masyhur di kalangan ulama:

Pertama: Majoriti ulama Salaf dan sebahagian ulama ahli Kalam (teologi), iaitu dengan mengimaninya bahawa hal itu adalah suatu yang hak dengan makna yang sesuai bagi keagungan Allah, dan bahawa makna zahirnya yang berlaku dalam makna makhluk adalah makna yang bukan dimaksud. Mazhab pertama ini tidak mengambil makna tertentu dalam memahaminya, ertinya mereka tidak mentakwilnya. Namun mereka semua berkeyakinan bahawa Allah Maha Suci dari sifat-sifat makhluk, Maha Suci dari pindah dari suatu tempat ke tempat lain, Maha Suci dari bergerak, dan Maha Suci dari seluruh sifat-sifat makhluk. (Tafwidh Ma'na: Iaitu menyerahkan makna sebenar nas mutasyabihat tersebut kepada Allah s.w.t. tanpa mendalaminya)

Kedua: Majoriti ahli Kalam (kaum teologi) dan beberapa golongan dari para ulama Salaf, bahawa mereka telah melakukan takwil terhadap hadits ini dengan menentukan makna yang sesuai dengan ketentuan-ketentuannya. (Ta'wil Qarib: Iaitu memberi makna sebenar (makna lain) kepada nas mutasyabihat tersebut berdasarkan konsep yang bersesuaian dengan aqidah Islam yang murni)

Ahli tafsir terkemuka, Imam al-Qurthubi rah. dalam menafsirkan firman Allah: ”Wa al-Mustaghfirîn Bi al-Ashâr” (QS. Ali ’Imran: 17), artinya; ”Dan orang-orang yang beristighfar di waktu sahur (akhir malam)”, beliau menyebutkan Hadits an-Nuzul dengan beberapa komentar ulama tentangnya, kemudian beliau menuliskan sebagai berikut:

“Pendapat yang paling baik dalam memaknai Hadits an-Nuzul ini adalah dengan merujuk kepada hadits riwayat an-Nasa-i dari sahabat Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudriy, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

إنّ اللهَ عَزّ وَجَلّ يُمْهِلُ حَتّى يَمْضِيَ شَطْرُ اللّيْلِ الأوّلِ ثُمّ يأمُرُ مُنَادِيًا فَيَقُوْل: هَلْ مِنْ دَاعٍ يُسْتَجَابُ لَه، هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ يُغْفَرُ لهُ، هَلْ مِنْ سَائِلٍ يُعْطَى

”Sesungguhnya Allah mendiamkan malam hingga lewat separuh pertama dari malam tersebut, kemudian Allah memerintah Malaikat penyeru untuk berseru: Adakah orang yang berdoa? Maka ia akan dikabulkan. Adakah orang yang meminta ampun? Maka ia akan diampuni. Adakah orang yang meminta? Maka ia akan diberi.

Sebegitu juga dalam hadits Al-Jariyyah, para ulama' ahlus-sunnah wal jamaah, baik salaf mahupun khalaf, menggunakan salah satu daripada dua manhaj tersebut yang mana kedua-duanya sebenarnya adalah ta'wil (palingkan) daripada makna zahir atau daripada maknanya dari sudut bahasa.

Hadits Al-Jariyyah riwayat Imam Muslim dengan lafaz aina Allah, didapati bahawa-sanya ianya tidak boleh dijadikan sandaran kepada persoalan akidah kerana faktor-faktor selain daripada ianya syaz (terasing dengan menyalahi yang lebih banyak) dan mudthorib (marjuh atau lemah berbanding yang lebih kuat) dari sudut matannya, ianya juga merupakan hadith yang kembali kepada berbilang-bilang lafaz sehingga tidak lagi boleh dijadikan dalil yang qat'ie yang membawa kepada ilmu atau keyakinan.

Ini kerana lafaz aina Allah (dimana Allah) dan lafaz fi As-Sama' (dilangit) itu sendiri merupakan daripada nas-nas mutasyabihat, yang mana yang dimaksudkan bukanlah dengan makna zahir bagi nas-nas tersebut.

Hadits Al-Jariyyah riwayat Imam Muslim adalah tentang seorang sahabat datang menghadap Rasulullah s.a.w menanyakan prihal budak perempuan yang dimilikinya, ia berkata: ”Wahai Rasulullah, tidakkah aku merdekakan saja?”. Rasulullah s.a.w berkata: ”Datangkanlah budak perempuan tersebut kepadaku”. Setelah budak perempuan tersebut didatangkan, Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: “Aina Allah?” (Dimana Allah) Budak tersebut menjawab: “Fi as-sama’” (Dilangit). Rasulullah bertanya: “Siapakah aku?”. Budak menjawab: “Engkau Rasulullah”. Lalu Rasulullah berkata (kepada pemiliknya): “Merdekakanlah budak ini, sesungguhnya ia seorang yang beriman” (HR. Muslim)

Para ulama'seperti Imam Ibn Al-Jauzi, Imam An-Nawawi, Imam Al-Qurthubi, Imam Al-Baji dan lain-lain ketika berinteraksi dengan hadith Al-Jariyyah dari riwayat Imam Muslim ini cuba mengambil langkah untuk mendekatkan makna aina (dimana) dengan kefahaman yang sahih, iaitu dengan kefahaman yang tidak membawa kepada fahaman tajsim atau "Allah s.w.t. Bertempat". Mereka menolak konsep dan fahaman "Allah bertempat di atas Arasy", lalu mensyarahkan hadits Al-Jariyyah versi Imam Muslim ini dengan syarahan yang menepati aqidah murni Islam.

Imam An-Nawawi rah. menukilkan seperti berikut:

"Imam Al-Qadhi 'Iyad berkata:

لا خلاف بين المسلمين قاطبة - محدثهم ومتكلمهم ومقلدهم ونظارهم - أن الظواهر الواردة بذكر الله في السماء كقوله: ((أأمنتم من في السماء)) أنها ليست على ظاهرها، وأنها متأولة عند جميعهم...

"Tidak ada khilaf di kalangan umat Islam sekaliannya samada dari kalangan ahli-ahli fiqh, ahli-ahli hadith mereka, ahli-ahli kalam, para pemuka mahupun pengikut mereka bahawasanya segala nas yang pada zahirnya menyebut Allah di langit seperti firman Allah ta`ala: "Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan (yang pusat pemerintahanNya) di langit itu, menunggang-balikkan bumi menimbus kamu…" dan sebagainya tidaklah dimaksudkan dengan makna zahirnya. Bahkan, ianya ditakwilkan di sisi mereka semua (bukan difahami dengan makna zahir)."

Imam Ibn Al-Jauzi rah. ketika mengulas tentang hadith Al-Jariyyah ini menyebutkan

قلت قد ثبت عند العلماء أن الله تعالى لا تحويه السماء والأرض و لا تضمه الأ قطار، وإنما عرف بإشاراتها تعظيم الخالق عندها

Maksudnya: Telah tetap bagi ulama' bahawa-sanya Allah s.w.t. tidak diliputi oleh langit mahupun bumi dan tidak terangkum dalam mana-mana tempat. Namun, Rasulullah s.a.w. mengetahui dengan isyarat hamba perempuan tersebut bahawa dia mengagungkan Maha Pencipta" (Daf' Syubah At-Tasybih 189)

Imam Ibn AL-Jauzi Al-Hanbali mengkritik keras mujassimah yang berselindung di sebalik mazhab Hanbali dengan berkata:

"Janganlah kamu melakukan bid’ah terhadap mazhab ini (Hambali) yang sememangnya bukan daripada mazhab ini sendiri iaitu kamu membicarakan hadith (yang mutasyabihat) lalu menetapkannya hadith berkenaan secara zahirnya. Jika sesiapa yang mendakwa : "Allah bersemayam dengan DzatNya maka sesungguhnya dia telah menjadikan Allah sesuatu yang terbatas dengan kebendaan (hissiyyat). Bahkan, kita tidak boleh mengabaikan suatu neraca yang ditetapkan secara asal oleh syariat iaitulah "akal" itu sendiri. Dengan "akal" jugalah kita mengenal Allah s.w.t. dan mengenal sifat qadimNya. Kalau kamu sekadar membacakan hadits (menyebut lafaz) kemudian berdiam diri daripada membicarakannya (tidak memperincikan lafaz mutasyabihat) tersebut nescaya tiada orang yang mengingkari kamu. Masaalahnya adalah, kamu menetapkannya (lafaz mutasyabihat tersebut) dengan makna zahirnya yang buruk (tidak layak bagi Allah). Janganlah kamu memasukkan (menisbahkan) kepada mazhab lelaki yang soleh lagi salaf (Imam Ahmad) ini apa yang bukan daripada mazhab itu sendiri. Kamu telah menutup mazhab ini (Imam Ahmad) dengan kain sesuatu yang buruk sehingga menyebabkan orang lain menyangka pengikut mazhab Hanbali sebagai Mujassim. (Daf' Syubah At-Tasybih)

Imam Ibn Rajab Hanbali berpesan tentang hal ini:

وليكن الإنسان على حذر مما حدث بعدهم – أي الائمة- فإنه حدث بعدهم حوادث كثيرة وحدث من انتسب إلى متابعة السنة والحديث من الظاهرية ونحوهم وهو أشد مخالفة لها لشذوذه عن الأئمة وانفراده عنهم بفهم يفهمه أو بأخذ مالم يأخذ به الأئمة من قبله

Maksudnya: “Hendaklah seseorang itu berhati-hati tentang apa yang berlaku kemudian setelah mereka (para ulama’ salaf terdahulu) kerana banyak berlaku setelah mereka perkara-perkara buruk. Ada berlaku orang dari kalangan Zahiriyyah (golongan yang telalu berpegang dengan zahir bagi nas-nas mutasyabihat dan sebagainya) yang menisbahkan diri mereka kepada Sunnah dan Hadith (mengaku ahlus-sunnah dan ahli hadith) dan sebagainya, sedangkan dia sangat menyalahi Sunnah kerana terpinggir daripada para ulama’ (majoriti) dan terasingnya dia dengan kefahamannya sendiri dan pegangannya yang tidak pernah dipegang oleh para ulama’ sebelumnya”. [risalah Fadhl Ilm As-Salaf]

Bersambung...

2 comments:

Ziarah76 said...

marilah kita memperkukuhkan pegangan ahli sunnah waljamaah al'asy'ariyah, al-maturidiyah.
yg mana dua ulama tauhid ini telah membersihkan fahaman muktazilah dan membawa umat Islam semula kepada manhaj salafusolihen yg asal.

zarch said...

Insyaallah Z76, semoga Allah sentiasa membimbing kita semua dijalan kebenaran dan melindungi kita semua.

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai