Tuesday

Allah wujud tanpa tempat - 5


Golongan musyabbihah adalah mereka yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka menyatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Golongan ini juga digelar “kaum mujassimah”, iaitu golongan yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Golongan Musyabbihah atau mujassimah (salafi palsu) ini memiliki kekeliruan yang sangat menyesatkan. Mereka menyebutkan jika Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah bererti sama dengan menafikan wujud Allah.

Cukup untuk membantah kesesatan mereka ini dengan mengatakan bahawa Allah bukan benda; Dia bukan benda berbentuk kecil juga bukan benda berbentuk besar. Dan oleh kerana Dia bukan benda maka keberadaanNya dapat diterima bahawa Dia ada tanpa tempat dan tanpa arah. Tidak dikatakan bagiNya didalam alam ini, juga tidak dikatakan bagiNya diluar alam ini. Inilah keyakinan yang telah ditetapkan oleh para ulama terkemuka dikalangan Ahlussunnah Wal Jamaah dari empat madzhab.

Dan inilah keyakinan Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah sebagai Ahlussunnah Wal Jama’ah, dimana mereka telah menetapkan keyakinan tentang kesucian Allah dari menyerupai makhlukNya, yang didasarkan kepada firmanNya bahawa Dia (Allah) sama sekali tidak menyerupai sesuatu apa pun (QS. asy-Syura: 11)

Imam Ibn al-Jawzi al-Hanbali rah., seorang ulama Ahlussunnah wal Jamaah ( bukan Ibnu Qayyim al-Jauzi) telah mengarang sebuah kitab untuk menolak fahaman kaum musyabbihah ini yang diberi nama “Daf’u Syubahit Tashbih war Rad ‘alal Mujassimah” (penolak syubhah tashbih dan penentang kaum mujassimah).

Imam Ibn al-Jawzi al-Hanbali rah. dengan sangat tegas menyatakan bahawa Allah tidak boleh disifat dengan menempel atau terpisah dari sesuatu. Beliau menulis:

“Bila ada yang berkata bahawa menafikan arah dari Allah sama saja dengan menafikan keberadaanNya, jawapan kita pada kesesatan ini: ”Jika kalian berpendapat bahawa segala yang ada itu harus menerima sifat menempel dan terpisah maka pendapat kalian ini benar, namun demikian bahawa Allah mustahil dari sifat menempel dan terpisah lagi benar dan dapat diterima. Jika mereka berkata: ”Kalian memaksa kami untuk menetapkan sesuatu yang tidak dapat dipahami!”, kita menjawab: ”Jika kalian bermaksud dengan sesuatu yang dapat dipahami itu adalah adalah sesuatu yang dapat dikhayalkan dan digambarkan oleh akal, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak boleh dibayangkan seperti itu kerana Allah bukan benda yang memiliki bentuk dan ukuran. Sesungguhnya, segala apa pun yang dikhayalkan dan digambarkan oleh akal pastilah merupakan benda yang memiliki warna dan memiliki ukuran, kerana khayalan dan gambaran akal itu hanya terbatas pada segala sesuatu yang diindra oleh mata. Khayalan dan gambaran akal ini tidak dapat membayangkan apa pun kecuali segala apa yang pernah diindra oleh mata karena gambaran adalah buah dari penglihatan dan indra”.

Kemudian jika mereka berkata bahwa pemahaman tersebut tidak dapat diterima oleh akal, maka kita menjawab: ”Telah kita jelaskan bahawa Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah dapat diterima oleh akal. Dan sesungguhnya akal sehat itu tidak memiliki alasan untuk menolak terhadap sesuatu yang benar. Ketahuilah, ketika anda tidak dapat meraih apa pun dalam pikiran anda kecuali sesuatu yang pasti merupakan benda atau sifat-sifat benda maka dengan demikian secara logis nyatalah akan kesucian Allah dari dari menyerupai makhlukNya. Dan jika anda mensucikan Allah dari segala apa yang ada dalam pikiran dan bayangan anda maka seharusnya demikian pula anda harus mensucikan adanya Allah dari tempat dan arah, juga mensucikanNya dari perubahan atau berpindah-pindah” (Lihat al-Baz al-Asyhab, h. 59).

Bersambung...

2 comments:

Ziarah76 said...

semoga kita dijauhkan daripada golongan mujasimmah (menjisimkan Allah), golongan ini mengaku salafiyyah walhal sebenarnya tidak!

zarch said...

Insyaallah Z76, semoga Allah melindungi kita semua dan sentiasa memberikan kita semua hidayat.

Btn_blue_77x28

open source - sumber terbuka

Mana-mana coretan yang dikira baik, dibenarkan mengambil (copy-paste) tanpa perlu bertanya tuan blog ini. Manakala mana-mana coretan yang terdapat kesilapan, mohon ribuan kemaafan dari tuan blog ini. - " Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya "

Coretan lalu

zar4art

Bayan

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

Waktu sholat

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

Salam damai